SHAH ALAM: Polis mengenal pasti dua kumpulan warga Amerika Latin, terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita, yang dipercayai terlibat dalam dua kes mencuri berlian dan barangan kemas bernilai RM1.66 juta di kawasan balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, pada Isnin lepas.Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata siasatan pihak polis juga mempercayai kumpulan berkenaan adalah kumpulan sama terlibat dalam kes curi tiga beg berisi emas bernilai kira-kira RM900,000 di Terengganu pada akhir 2009.
"Kita dapat lihat kelicikan mereka dalam mencuri dengan datang secara berkumpulan ke Malaysia dan menyewa kereta, kemudian samun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Jom Memancing Bersama Ketua Polis Selangor dan melancarkan Pasukan Kesedaran Jenayah (CAT) Peringkat Selangor di Kolam Memancing Air Tawar Rabok Bay, Jalan Kebun, di Seksyen 32 di sini hari ini.
-GAMBAR SEKADAR HIASAN-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...