LEXMARK International (Malaysia) Sdn Bhd (Lexmark), syarikat pengeluar mesin pencetak, berhasrat untuk meningkatkan pertumbuhan pengguna akhirnya dalam segmen perkhidmatan pengurusan percetakan sehingga lima peratus setahun.
Pengurus Perunding Perniagaannya, Larry Leow berkata, pelanggan perkhidmatan pengurusan Lexmark ketika ini ialah di antara 30 dan 50 syarikat dan ia kebanyakannya disasar kepada dua segmen pelanggan iaitu enterpris sebanyak 60 peratus dan perniagaan kecil dan sederhana (PKS) sejumlah 40 peratus.
“Bagi mencapai pertumbuhan itu, syarikat menyusun strategi pemasaran dengan memfokuskan kepada kualiti produk yang dikeluarkan dari semasa ke semasa kerana terdapat pelbagai jenis pencetak yang ditawarkan syarikat lain dalam pasaran untuk pengguna.
“Melalui inovatif dan kajian oleh Lexmark menunjukkan kebanyakan pengguna memerlukan pencetak yang mudah untuk digunakan, menjimatkan masa dan mengurangkan kos pencetakan,” katanya pada majlis pelancaran tujuh pencetak terbarunya di Kuala Lumpur.
Tujuh produk terbaru itu ialah Lexmark Impact S308 AIO (RM299), Lexmark Interpret S409 AIO (RM499) dan Lexmark Interpret S409 AIO (RM599) disasarkan kepada pengguna SMB. Manakala Lexmark X792 Color laser MFPs (RM15,000), Lexmark C792 color laser printers (RM5,000), Lexmark X925de (RM21,000), Lexmark C925de color printer (RM8,000) disasarkan kepada segmen enterpris.
C-792
SE-308
S409
X792
Leow berkata, tiga pencetak yang disasarkan kepada segmen SMB menawarkan kualiti pencetakan yang baik dan pengguna tidak perlu risau mengenai kos dakwat yang tinggi kerana syarikatnya menawarkan harga serendah tiga sen bagi setiap helaian cetakkan iaitu satu katrij berharga RM14.90.
Selain itu, katanya, syarikatnya juga menawarkan perkhidmatan membaiki pencetak berkenaan dari rumah ke rumah pengguna sekiranya berlaku kerosakan dalam tempoh tiga tahun.
“Semua produk terbaru ini dilengkapi standard penyambungan WiFi dan skrin peka sentuhan yang mempunyai ikon mesra pengguna serta alat pemacu pena,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...