Jumaat, 27 Februari 2015

BUAH TUNJUK LANGIT DAN KHASIATNYA

Swietenia merupakan genus pokok dari keluarga chinaberry, Meliaceae. Genus ini dinamakan sempena nama seorang doktor Austria - Belanda Gerard van Swieten (1700-1772). Genus ini telah diperkenalkan kepada beberapa buah negara Asia sebagai gantian sumber kayu mahogany apabila ia telah dihadkan dinegara asalnya pada penghujung 1990-an. Fiji dan India adalah pengeksport terbesar perladangan mahoni.

Jumaat, 29 November 2013

KHASIAT POKOK PECAH BELING

Pokok Pecah Beling yang dikenali juga dengan pelbagai nama seperti Pecah Kaca, Bayam Karang, Ngo Kilo, Keji Beling dan Jin Batu merupakan tumbuhan herba yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia.
Daun Pokok Pecah Beling 

Sabtu, 9 November 2013

RAWATAN PENYAKIT BISUL

Petua Merawat Bisul

Sebelum  
  • Foto
    Bisul pada peringkat serius dipanggil Necrotising facitis atau bakteria yang memakan isi.

  • Foto
  • Foto
    Jangkitan bisul bermula apabila bakteria dan parasit merebak pada kulit.

Jumaat, 23 Ogos 2013

KAITAN CARA BERJIMAK DENGAN PENYAKIT PUNDI KENCING

KAITAN BERJIMAK DENGAN PENYAKIT PUNDI KENCING...

Penyakit pundi kencing atau lebih serius menjadi kanser pundi kencing bermula apabila kencing yang tidak lawas, tidak puas atau selalu meleleh tanpa sengaja untuk buang air kecil.

Selasa, 9 Julai 2013

ORANG MELAYU PALING RAMAI HADAPI BARAH LIMFOMA

Orang Melayu paling ramai hidapi barah limfoma
ORANG Melayu paling ramai menghidap barah limfoma berbanding kaum Cina dan India di Singapura. Bagi setiap 100,000 penduduk, 21.3 merupakan lelaki Melayu yang menghidap barah limfoma. Bilangan ini lebih tinggi berbanding 15.3 pesakit lelaki Cina dan 15.2 pesakit lelaki India yang menghidapi barah tersebut.
Di kalangan wanita, bagi setiap 100,000 penduduk, 14.7 merupakan wanita Melayu yang menghidap barah limfoma - lebih tinggi berbanding 9.6 pesakit Cina dan 9.4 pesakit India yang menghidapi barah itu. Meskipun kaum Melayu mendahului kaum lain dalam barah limfoma, bilangan pesakit barah Melayu secara keseluruhan adalah sekitar 1.5 hingga dua kali lebih rendah daripada kaum Cina. Demikian perangkaan daripada laporan Pejabat Pendaftaran Penyakit Nasional (NRDO) mengenai trend penyakit barah di Singapura antara 2007 dengan 2011.
Menurut Konsultan Jabatan Radiasi Onkologi di Hospital Tan Tock Seng dan Institut Barah Universiti Nasional (NCIS), Dr Choo Bok Ai, orang Melayu mendahului kaum lain dalam barah limfoma sejak tahun 1998. Namun, beliau berkata buat masa ini tidak ada penjelesan kukuh mengapa kadar limfoma lebih tinggi di kalangan orang Melayu dan berpendapat ia mungkin bergantung kepada genetik, faktor sekitaran dan perbezaan dalam gaya hidup.

Barah limfoma menjejas sistem limfa.

Ia terbahagi kepada limfomaNon-Hodgkin yang lebih kerap menjejas pesakit berusia 55 tahun ke atas dan limfoma Hodgkin yang menjejas orang muda berusia antara 15 dan 20 tahun dan mereka yang berusia 50 tahun ke atas.Bilangan pesakit yang menghidapi barah limfoma telah meningkat dari 1,746 pesakit antara tahun 1998 dan 2002 ke 2,839 pesakit antara tahun 2007 dan 2011.
Pesakit barah limfoma di peringkat pertama dan kedua mempunyai 80-90 peratus harapan sembuh manakala pesakit di peringkat lebih lanjut hanya mempunyai 40-60 peratus harapan. Dr Choo juga berkata kebanyakan kes barah limfoma tidak diketahui sebabnya. Antara faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang menghidap barah limfoma adalah pendedahan kepada ubat pembunuh serangga (pesticide), merokok, bekerja dalam industri berkaitan dengan kayu, sistem imun atau daya tahan penyakit yang rendah dan jangkitan beberapa jenis virus. Antara tanda-tandanya ialah nodus atau ketulan besar yang ketara di leher, ketiak dan bahagian kemaluan serta hilang selera, berat badan yang menurun dan demam yang berterusan. Buat masa ini, tiada ujian saringan boleh dilakukan untuk mengesan barah limfoma.
Di Singapura, secara keseluruhan, barah limfoma adalah barah kelima paling kerap dihidapi kaum lelaki dan ketujuh paling kerap dihidapi kaum wanita. Antara tahun 2007 dengan 2011, seramai 26,267 lelaki dan 27,734 wanita menghidapi barah. Tiga barah paling biasa dihidapi kaum lelaki ialah barah usus besar (17.6 peratus), barah paru-paru (15.6 peratus) dan barah prostat (11.8 peratus). Bagi kaum wanita pula, tiga barah paling biasa dihidapi ialah barah buah dada (29.3 peratus), barah usus besar (13.9 peratus) dan barah paru-paru (7.8 peratus). Namun, bagi golongan Melayu, barah yang paling biasa dihidapi kaum lelaki ialah barah paru-paru (18.3 peratus) diikuti barah usus besar (15.3 peratus) dan barah limfoma (12 peratus).
Dr Choo berkata barah paru-paru mendahului senarai itu kerana jumlah perokok di kalangan lelaki Melayu adalah tinggi. Rokok mempunyai 4,000 bahan kimia yang membahayakan badan dan 70 daripada bahan kimia ini boleh menyebabkan barah paru-paru. Jika seseorang merokok lebih 25 batang rokok sehari, dia mempunyai 25 kali lebih kemungkinan terkena barah paru-paru berbanding bukan perokok, kata Dr Choo.
Di kalangan wanita Melayu, barah paling biasa dihidapi ialah barah buah dada (32.2 peratus), barah usus besar (10.8 peratus) dan barah limfoma (7.4 peratus). Dr Choo berkata meskipun barah paru-paru adalah barah ketiga paling kerap di kalangan wanita Singapura, ia adalah barah keenam di kalangan wanita Melayu. Ini mungkin kerana wanita Melayu kurang menghisap rokok berbanding kaum lain, kata beliau lagi.

Sepertiga jenis barah boleh dielak

TAHUKAH anda bahawa sepertiga jenis barah boleh dielakkan? Caranya pula agak mudah - iaitu dengan menjaga pengambilan makanan, bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini dijelaskan oleh Konsultan Jabatan Radiasi Onkologi Institut Barah Universiti Nasional (NCIS), Dr Choo Bok Ai, dalam satu wawancara baru-baru ini.
Beliau berkata barah biasanya dapat dikekang menerusi gabungan beberapa faktor dalam gaya hidup seseorang. Pemakanan anda memainkan peranan penting. Senaman pula membantu meningkatkan sistem imun atau daya tahan penyakit dalam diri anda, menguatkan tubuh serta membantu anda mengawal berat badan. Jika anda hanya melakukan satu daripadanya iaitu bersenam tetapi tidak menjaga pemakanan, ia boleh membantu menghalang beberapa jenis barah seperti barah usus dan barah buah dada tetapi jika anda melakukan kedua-duanya adalah lebih baik, kata Dr Choo, yang juga Konsultan Jabatan Radiasi Onkologi di Hospital Tan Tock Seng sejak empat tahun lalu. Mengenai pemakanan, Dr Choo menasihatkan supaya lima hidangan buah-buahan dan/atau sayur-sayuran dimakan setiap hari. Pengambilan daging merah seperti daging lembu atau kambing pula dikurangkan kepada 70 gram sehari, sementara pengambilan makanan dalam tin, makanan barbeku dan makanan yang diawet seperti kicap dikurangkan. Menurut Dr Choo, antara sebab mengapa barah perut lebih kerap berlaku di kalangan orang Cina ialah mereka selalu makan makanan yang diawet dan menggunakan sos yang diawet dalam masakan.
Perokok pula dinasihati supaya berhenti merokok kerana 80 - 90 peratus barah paru-paru berpunca daripada tabiat merokok. Jika rokok diharamkan, bilangan pesakit barah paru-paru di kalangan masyarakat Melayu akan berkurang. Daripada menduduki tempat teratas sebagai barah paling kerap di kalangan lelaki Melayu, barah paru-paru mungkin turun ke tempat ke-10 jika semua orang Melayu diharamkan merokok, kata Dr Choo. Selain itu, beliau juga berkata senaman adalah penting bagi mengelak berat badan berlebihan yang didapati berkaitan dengan barah usus besar, barah rahim dan barah buah dada. Kajian klinikal menunjukkan bahawa senaman sederhana selama 30 minit sehari boleh mengurangkan risiko meninggal dunia awal akibat barah sebanyak 50 peratus, jelas Dr Choo.
Dr Choo seelanjutnya berkata, setiap orang harus menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun dan melakukan ujian saringan seperti mamogram, pap smear, Faecal Occult Blood Test (FOBT) bagi mengesan barah usus besar dan ujian Prostate Specific Antigen (PSA) untuk mengesan barah prostat mengikut had usia yang ditetapkan. Memandangkan 5 hingga 10 peratus barah disebabkan faktor keturunan, mereka yang mempunyai anggota keluarga yang menghidap barah perlu melakukan ujian saringan lebih awal.
Sebagai contoh, Dr Choo berkata jika anda mempunyai kakak yang menghidap barah buah dada ketika berusia 35 tahun, anda harus menjalani ujian saringan tiga tahun lebih awal iaitu ketika anda berusia 32 tahun. Salah satu cara mengesan barah pada peringkat awal ialah dengan mengenali tanda-tandanya. Secara umum, tanda-tanda barah termasuk berat badan yang menurun tanpa sebab, kurang selera makan, rasa penat dan sakit yang berterusan.
Menurut Dr Choo, beberapa jenis barah, seperti barah buah dada, mudah dikesan awal kerana ketulannya boleh dirasa. Barah paru-paru dan ovari lebih sukar dikesan kerana kedudukannya yang tersembunyi. Kebanyakan barah, seperti barah buah dada, yang dikesan melalui ujian saringan masih berada di peringkat pertama dan kedua. Jika dikesan apabila tanda-tandanya sudah kelihatan dan berlarutan, barah itu mungkin sudah berada antara peringkat kedua dan keempat, kata Dr Choo. Jika ada tanda-tanda barah, Dr Choo menasihatkan pesakit supaya berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan secepat mungkin dan menyempurnakan semua rawatan yang disyorkan dan jangan meninggalkannya separuh jalan. Menurut Dr Choo, bergantung pada jenis barah dan peringkatnya, rawatan yang diperlukan boleh mengambil masa sekitar sembilan bulan.
Pembedahan boleh dilakukan dalam masa sehari dan memerlukan sekitar sebulan untuk pesakit pulih sepenuhnya. Rawatan kemoterapi pula boleh mengambil masa tiga hingga enam bulan dan radioterapi mengambil masa sekitar enam minggu. Kos pembedahan pula adalah sekitar $3,000, kos kemoterapi boleh menjangkau lebih $12,000 dan kos bagi radioterapi sekitar $3,500. Jika barah dikesan pada peringkat pertama, kemoterapi mungkin tidak diperlukan. Jadi lebih awal ia dikesan, belanja yang dikeluarkan untuk rawatan adalah sedikit. Pesakit yang mengikuti rawatan lengkap juga dapat meningkatkan peluang hidup mereka sebanyak 10 hingga 20 peratus, jelas Dr Choo. Kadar kejayaan merawat barah pula bergantung pada jenis barah dan peringkat ia dikesan. Sebagai contoh, kebanyakan barah paru-paru dikesan di peringkat tiga dan empat dan rawatan kemoterapi dan radioterapi kurang berkesan untuk merawat keseluruhan barah itu. Dr Choo menggalakkan pesakit barah supaya berbincang dengan doktor mereka kerana rawatan bagi barah kini dilakukan berdasarkan keperluan individu dan tidak semua pesakit memerlukan rawatan lanjut seperti kemoterapi atau radioterapi.

Oleh NUR DHUHA ESOOF

Antara makanan yang boleh membantu mencegah barah:
  1. Epal
  2. Beri biru
  3. Kranberi
  4. Buah delima
  5. Oren
  6. Anggur merah
  7. Kayu manis
  8. Daun selasih
  9. Bawang putih
  10. Buah pala
  11. Bawang
  12. Kunyit
  13. Kubis
  14. Tomato
  15. Brokoli
  16. Lobak
  17. Keledek
  18. Kubis bunga
  19. Sawi
  20. Buah zaitun
  21. Tauge
  22. Bayam
  23. Coklat
  24. Madu
BACA SELANJUTNYA DI SINI

Isnin, 10 Jun 2013

PENYAKIT GOUT DAN CARA MENGATASINYA

GOUT atau dirujuk sebagai "ancient disease" dan sudah diketahui kewujudannya sejak 1800. Kadar pesakit gout dianggarkan satu dalam 100 orang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Blogobo.com