Jumaat, 29 November 2013

KHASIAT POKOK PECAH BELING

Pokok Pecah Beling yang dikenali juga dengan pelbagai nama seperti Pecah Kaca, Bayam Karang, Ngo Kilo, Keji Beling dan Jin Batu merupakan tumbuhan herba yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia.
Daun Pokok Pecah Beling 
Di Malaysia, pecah beling atau nama saintifiknya (Strobilanthes crispus) dari family Acanthaceae) mudah ditanam dan hidup subur di kawasan-kawasan lapang atau belukar dan selalu dilihat sebagai rumpai atau tumbuhan yang tidak diingini. 

Daun pokok pecah beling banyak digunakan dalam perubatan tradisional seperti merawat kanser, kencing manis serta batu karang. Ia digunakan juga sebagai agen diuretic. 

Mengikut penemuan kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992), ekstrak air pecah beling mempunyai kompoun atau molekul yang boleh merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan mampu merencatkan pertumbuhan sel leukemia.


Manakala kajian makmal yang dijalankan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM mendapati daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti Kalium, kalsium, natrium, ferum, fosforus serta vitamin C, B1 dan B2.

Terdapat juga kandungan kafeina dalam daun pecah beling tetapi ianya rendah. Kandungan ini merupakan penyumbang kepada antioxidant yang sangat tinggi. 

Selain dari itu ekstrak pecah beling secara in vitro (tisu kultura) mampu membunuh sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada dengan mengaruh sel ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan. Ekstrak ini juga mampu memendamkan gen penyebab kanser dan sekali gus mengurangkan risiko kanser.

Antara lain kegunaan secara perubatan pokok pecah beling berupaya mengubati penyakit kencing manis kerana ekstrak air daun pecah beling dikatakan berkesan sebagai agen antidiabetis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah yang telah diuji pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total 
antioxidant level).

Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal bagi tujuan pencegahan. 

Selain dari itu pecah beling didapati mampu menghancurkan batu yang terdapat dalam hempedu di buah pinggang. Tumbuhan ini juga berupaya menurunkan kolestrol dalam badan dan melancarkan pembuangan air kencing.

Kesimpulannya. pokok pecah beling yang tumbuh melata di kawasan kebun atau belukar dan dianggap tumbuhan rumpai yang tidak diperlukan, sebenarnya adalah tumbuhan herba yang sangat berkhasiat yang terdapat disekeliling kita.

Tidak akan menjadi kemudaratan jika kita menggunakan tumbuhan ini sebagai alternative untuk perubatan walau pun kajian secara klinikal (human study) belum benar-benar dijalankan keberkesanannya terhadap pesakit kanser, diabetes atau batu karang.

Rujukan: Wikipedia bebas; Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, Serdang, Selangor, Malaysia - Prof. Madya Dr. Asmah Rahmat dan Mohd.Fadzelly Abu Bakar.

12 ulasan:

  1. salam.saya nk tnya adakah daun pecah beling ni sesuai untuk wanita hamil?

    BalasPadam
  2. Batu dlm hempedu boleh x mkn pil ni

    BalasPadam
  3. Wow,tak sangka byk betul khasiat pokok ini. Yg saya tahu ia untok pyakit buah pinggang.
    Saya beli pasu kecil berharga 18 rgt. Cepat tumboh sesudah d kerat untok masak. Saya sudah tanam byk pokok ini kerana suka akan warna hijau tuanya. Dan rasanya seperti air sarsi jika d,masak pekat dan manis. Saya sudah beri kpd ramai rakan taulan dan adik beradik. Mmg mudah hendak tumboh. Cucok saja pucuknya dlm enam inci inn Sya Allah hidup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam tn. Boleh sy dapatkn sepohon. Utk membantu bapa sy yg menghidap btu karang.

      Padam
  4. Boleh sy tahu, di mana sy boleh dapatkan pokok ini?

    BalasPadam
  5. Adakah rumpai yg dimaksudkan ini rumpai yg sama dgn clidemia yg byk terdapat diladang2 getah dan kelapa sawit..

    BalasPadam
  6. Saya,beli d nurseri d nilai n9.
    D,sg buloh ada jual d kaw nurseri org melayu berhadapan dgn nurseri Agrobase.. Saya tidak ingat apa name nurseri yg jual pecah beling ini. Nurseri yg ini ada jual pokok2 herb yg lain.

    BalasPadam
  7. boleh kongsikan maklumat tentang pokok pecah beling dengan penyakit buah pinggang

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. KHASIAT BUAH TUNJUK LANGIT

    3 BAHAN AKTIF PENTING

    FLAVONOIDS daripada kandungan khasiat buah tunjuk langit semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo biloba dan Eurycoma longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan.

    SAPONINS adalah enzim semulajadi yang wujud di dalam khasiat buah tunjuk langit seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Mahogany dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax.

    BITTER ALKALOIDS di dalam Buah Tunjuk Langit ada unsur organic yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah ini adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

    Fungsi-Fungsi Utama Flavonoids

    Mengurangkan tahap gula dalam darah
    Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
    Memperbaiki kelancaran peredaran darah
    Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
    Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
    Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah

    Fungsi-Fungsi Utama Saponins
    Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
    Merangsangkan perembesan insulin dari pankrias
    Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
    Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
    Melancarkan sistem saluran pernafasan
    Mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
    Memperbaiki sistem peredaran darah
    Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
    Mengelakkan kemabukan dan keracunan
    Mententeramkan fikiran dan otak

    BalasPadam
  10. Salam...Sy ada menjual buah tunjuk langit gred A..sekitar 250 biji sehinga 300 biji sebungkus harga cuma rm30....cepat dan pantas sy hantar guna kan pos laju.call or msg sy xpun wasap sy kt 0174687570(mohd zuhairi)

    Kebaikan buah tunjuk langit terlalu banyak...melancarkan darah...buang angin..pulih kn tenaga batin untuk lelaki..kesan lebih hebat berbanding tongkat ali...cuci buah pingang..kurangkn kolestrol..kurangkan darah tingi..buah ni.selamat di makan...amalan orang terdahulu untuk kesihatan..berasal dari pohon mahogany di dalam hutan

    Buah yg sy jual adalah asli...bukan pil bukan kapsul tapi dalam bntuk biji2 kuaci mahogany....sehari cukup sebiji untuk kesihatan.sesiapa pun boleh amal kan...

    BalasPadam
  11. Pokok pecah biling banyak terdapat di kolam air panas selayang ..tepi kolam yang paling panas

    BalasPadam

Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Blogobo.com