Rabu, 21 Disember 2011

SENGGUGUT-PETUA UNTUK MENGANDUNG

PERITNYA ....AMAT SUKAR UNTUK DICERITAKAN.
kepada mereka yang sukar untuk mengandung walaupun telah lama kahwin. Sila baca ‘post’ kali ini. Post kali ini menerangkan punca dan sebab-sebab mengapa anda sukar untuk mengandung. Ia juga memberikan beberapa nasihat yang patut anda amalkan dalam usahauntuk mendapatkan anak. Juga disertakan satu petua yang sangat baik untuk diamalkan.
Semoga arwah guru saya sentiasa dicucuri rahmatNya. Ilmu yang ingin saya kongsikan kali ini dipanjangkan untuk tatapan sekelian yang saya perolehi dahulu sewaktu arwah masih hidup.
Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.


Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung.


Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta
pelbagai rawatan kesuburan lainnya. Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan, ia hanya sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya. 


Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung. Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung. 


Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. 


Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung. Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung.


Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?”
“Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.
“Sudah berkahwin?” saya menambah.
“Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab. Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin.
“Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya. Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”. Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh. Amin. Kepada anda yang ingin mengandung dan  mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut: 

ELAKKAN DARI MENGAMBILBAHAN-BAHAN DIBAWAH:


Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
Makan junk food
Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
Makan burger dan nugget
Makan jambu batu

Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.
Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawah ;
Banyakkan menyebut nama ALLAH (al-Musowwir).

10 ulasan:

  1. wow ifo yang berguna walaupun yna dok kahwin lagi..walaupun ada hok suka makan jeruk or makanan segera ada hok pregnant tapi better berhati2 key..huhu

    BalasPadam
  2. xper,jadikan ia sebagai iktibar dan pedoman bila dah kahwin.....

    BalasPadam
  3. saya cuba..insyaallah

    BalasPadam
  4. saya b,usia 19thn..mndirikan rmah tangga 7.12.12.skarng ni dh msuk 3 blan prkahwinan kmi..emm sya snyi jgala dk umh mk mertua pula tu yg rmai sgt kanak2..sya tgok org lain yg slepas sya dh pun mmbwa..knapa sya blum??ada jlan pnyelesaian ke untuk ubati skit senggugutni??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bersabarlah dengan ujian Allah,setiap masalah ada jalan penyelesaian.Rajinlah buat solat hajat dan amalan sunat yang lain pada spertiga malam,bercakaplah dengan Allah ,merayu mohon supaya mudah mendapat zuriat.Berikhtiar cara moden atau dukun yang tak mengamalkan ilmu yang menyimpang dengan syariat,sperti kaedah sirih pinang(rujuk kepada orang yang lebih tua)mudah-mudahan dengan izin Allah memperolehi cahaya mata..

      Padam
  5. saya syorkan anda menggunakan produk JAMU SUSUK DARA.. terbukti berkesan..cara lama tp di permodenkan.hanya menggunakan herba dan bahan semulajadi. kandungan ketiga ni hasil dari produk JSD.alhamdulilah..PM saya di https://www.facebook.com/fmunirah. or wassap/sms 0178833544. Saya cuma ingin membantu, jangan malu2 nanti anda yang rugi. Saya adalah Pengedar sah JAMU SUSK DARA.

    BalasPadam
  6. saya sudah satu tahun mendirikan rumah tangga. namun masih belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. apabila pergi ke klinik untuk membuat rawatan, doktor syorkan selepas dua tahun baru boleh membuat rawatan. walhal, saya dan suami teringin sgt menimang cahaya mata dan usia kami sudah jejak 30an. cycle period saya pula normal setiap bulan. cuma simdrom PMS memang agak teruk setiap bulan. pemeriksaan scan untuk cyst telah pun dibuat dan saya didapati tidak menghidap cyst. mohon cadangan dan pendapat yang sejujurnya apa yang harus saya dan suami lakukan.. wallahuallam.. sekian terima kasih...

    http://szcorner.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. Cuba try qaseh adinda d mkn buah delima 3biji sehari...selawat dlu sblm mkn..

    BalasPadam
  8. Tiap-tiap bulan, saya memang senggugut. Terasa kejang segala urat dan badan. Serba tak kena. Nak tidur, tak boleh. Nak buat kerja pun tak boleh..

    Alhamdulillah.. Lately, hari senggugut dah berkurang. Kalau sebelum ni, 3 hari setiap bulan.

    Sekarang, sehari je..

    Cuma ap yg merisaukan saya mengenai kehamilan. Saya belum kahwin. Usia pun dah nak menjengah ke angka 30-an.

    Nampak saya perlu buat rawatan susulan untuk ketahui keadaan dlmn sy.

    Time kasih, yer di atas komen-komen serta info sahabat semua.

    BalasPadam
  9. Selain makanan-ii tu kan . Pain killer effect jugak ke ? Yaya dulu selalu amik atleast 3biji pain killer . Kekadang lebih . Makn pain killer 3-4 hari sbb sgugut . Da 4 buln nikah . Tp belom ade rezeki .

    BalasPadam

Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Blogobo.com