Rabu, 15 Jun 2011

KEPUTIHAN DAN CARA MENGATASINYA.


KEPUTIHAN dihadapi kebanyakan wanita adalah sesuatu yang normal. Umumnya, setiap wanita ada keputihan kerana ia sebenarnya proses perubahan hormon dan pembersihan yang mana sel sudah mati pada lubang faraj dikeluarkan.

daun sirih adalah penawar keputihan,ramas daunnya didalam air dan basuh kemaluan pada setiap
pada pagi dan sebelum tidur


Pensyarah Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr Nur Azurah Abdul Ghani (gambar), berkata selain wanita yang sudah berkahwin dan hamil, remaja perempuan juga ada mengalami masalah keputihan, malah ada kalanya budak kecil turut tidak terkecuali.

Bagaimanapun, beliau berkata, kebiasaannya remaja jarang dapat keputihan kecuali mereka mengambil ubat tertentu seperti mengambil ubat untuk penyakit diabetes, mempunyai sistem badan rendah atau seorang yang aktif secara seksual.

Berbanding wanita hamil memang berisiko mengalami masalah keputihan kerana perubahan hormon yang berlaku ketika kehamilan menyebabkan wanita berkenaan sesuai untuk mengalami jangkitan kulat. Secara anggaran, hampir 80 peratus atau 8 dalam 10 wanita hamil mungkin ada masalah keputihan.

Begitu juga wanita yang sudah berkahwin, dianggarkan 75 peratus akan mengalami masalah keputihan. Masalah itu berlaku sebab wanita itu sudah ada pendedahan seksual dan ini menyebabkan dirinya senang dijangkiti.

“Ada ibu yang risau tengok anak perempuan daripada usia bayi lagi sudah ada keputihan. Hal itu tidak perlu bimbang kerana keputihan adalah kitaran perubahan hormon dalam badan yang menyebabkan cecair itu keluar.

“Remaja dan wanita lain juga tidak perlu bimbang jika ada keputihan kerana selagi tidak mendatangkan gatal dan tiada kemerah-merahan pada bahagian sulit, ia dikatakan keputihan yang biasa atau disebabkan kitaran hormon,” katanya ketika ditemui Berita Harian di HUKM, Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr Nor Azurah berkata, keputihan dianggap bermasalah atau yang lain daripada biasa, seandainya ia keluar terlalu banyak, berbau busuk dan hanyir serta menyebabkan bahagian sulit berasa gatal atau radang. Keputihan itu juga tidak berwarna putih lagi, tetapi berketul-ketul seperti keju dan menjadi kekuningan serta hijau.

Keadaan seumpama itu selalunya disebabkan penyakit lain atau dikaitkan dengan jangkitan kuman seperti tricomonas, bakteria dan flagellat.
Jika keputihan keluar banyak sehingga menyebabkan berasa gatal dan sakit pada bahagian sulit, beliau menasihatkan wanita berkenaan perlu berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan rapi. Ini berikutan, kegatalan yang amat sangat menyebabkan seseorang itu menggaru sehingga kulit vagina akan melecet dan terasa pedih atau seperti terbakar.

“Faraj mengandungi kuman semula jadi bacillus asidofilus yang menghasilkan asid lactate berfungsi melindungi faraj dari kemasukan kulat dan kuman. Kadangkala pembiakan kuman asidofilus meningkat dan menyebabkan pengeluaran cecair berwarna putih kekuningan dan berbau masam.
“Bau masam pun boleh berlaku akibat tindak balas kuman kepada peluh yang sering berlaku pada bahagian kemaluan. Kadangkala keasidan faraj kurang dengan tahap yang memudahkan sejenis kulat yis menghinggapinya dan membiak serta menjadi masalah,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Nor Azurah berkata kebanyakan wanita malu untuk membuat pemeriksaan doktor dan menganggap masalah seumpama itu perkara biasa. Hanya kurang 15 peratus yang datang untuk membuat pemeriksaan doktor.

“Rata-rata yang datang pula apabila sudah ada radang dan tidak tahan lagi menahan sakit. Selain itu, ada yang lebih suka merawatnya dengan kaedah tradisional dan cuba mengubah amalan pemakanan. Jika tidak berjaya, baru mereka datang berjumpa doktor untuk rawatan. Tetapi bagi kebanyakan wanita hamil masalah keputihan dirawat dan dikesan doktor apabila wanita berkenaan membuat rutin pemeriksaan,” katanya.

Dr Nor Azurah berkata, masalah keputihan disebabkan jangkitan kulat tidak membawa kesan pada kesuburan. Tetapi dari segi hubungan seksual antara suami isteri memang ada kesan. Apabila masalah keputihan teruk dan berbau sudah tentu tiada keinginan untuk melakukan seks.

Katanya, radang pada kawasan sulit menyebabkan pasangan berasa sakit dan tidak selesa apabila hendak bersama. Malah, walaupun tidak dikategorikan dalam penyakit kelamin berjangkit, jika isteri ada masalah keputihan, suami boleh mendapat jangkitan kuman itu dan kesan yang dialaminya juga sama termasuk, sakit ketika hendak buang air.

Mengenai kaedah rawatan herba yang digunakan untuk mengatasi masalah keputihan, Dr Nor Azurah berkata, ada penggunaan rawatan itu yang menyebabkan kes pendarahan berlaku. Rawatan itu bukan saja menyebabkan keputihan hilang, tetapi membuatkan rahim mengecut.

Pengecutan rahim kadang-kadang menyebabkan keluar darah beku dan darah yang banyak. Tetapi pendarahan yang berlebihan dan tidak mudarat, tidak mengapa selagi wanita itu sendiri boleh toleransi dengan keadaan berkenaan.“Pakai seluar dalam pun berasa sakit apatah lagi hendak bersama. Keadaan itu sama seperti bayi yang berasa sakit dan sering menangis apabila melecet dan ada masalah ruam atau radang lampin,” katanya.


“Banyak yang kata, herba berkesan tetapi tiada data untuk menyokong. Jadi, biarkan individu buat keputusan sendiri. Seperti rawatan moden yang juga ada kesan sampingan, begitu jugalah rawatan herba. Cuma bezanya, rawatan moden ada kajian dan data yang menyokongnya.
“Tidak adil menyatakan rawatan herba itu berkesan atau sebaliknya. Tetapi satu perkara kita perlu faham, kaedah perubatan tradisional itu sudah lama diamalkan orang dulu dan didapati berkesan serta diperturunkan dari generasi ke generasi hingga kini. Jadi, jangan membelakangkan kaedah tradisional kerana sudah ada kesahihan walaupun tiada sokongan data,” katanya.

FAKTA: Keputihan yang dihadapi kebanyakan wanita
Secara umumnya, wanita mudah mengalami keputihan pada sekitar sebelum waktu haid mereka.
Rawatan masalah keputihan boleh dirawat tetapi boleh berulang jika tidak mengambil dos ubat yang ditetapkan.

Wanita yang berkahwin, hamil dan sudah ada hubungan seksual lazimnya, akan diberikan suppofositori yang diambil untuk pagi dan malam. Wanita yang belum berkahwin atau belum pernah ada aktiviti seksual rawatan lebih sesuai ialah pil makan.

Rawatan selalunya seminggu tetapi yang menjadi masalah ada pesakit yang ambil tiga kali seminggu kemudian berhenti apabila sudah nampak kesannya.Ada dua jenis rawatan iaitu pil makan dan ubat sapu atau ubat suppofositori berbentuk peluru yang dimasukkan ke dalam ruang faraj.


Krim sapu bertujuan untuk mengurangkan masalah radang, gatal dan melecet pada bahagian sulit dan celah kangkang.

Individu yang mengalami masalah keputihan disarankan mengamalkan amalan pemakanan dengan membanyakkan makan sayur hijau dan dadih yang ada kandungan lactobasillus.
Wanita yang ada masalah radang digalakkan kerap menukar seluar dalam dan pakai yang diperbuat daripada kain kapas serta longgar.

Ada kes yang mengambil pil perancang mengalami masalah keputihan yang teruk, tetapi tidak semua yang mengambil pil perancang ada masalah keputihan.
Cara pemeriksaan ialah doktor meneliti faraj wanita itu dengan menggunakan alat pembuka faraj dan mengambil cecair untuk melakukan kajian mikrob supaya dapat mengenali jangkitan sebenar serta ubat yang lebih spesifik diberi.

Contoh jenis jangkitan
Kulat Candidiasis (keputihan seperti kepingan susu basi) yang perlu dirawat.
Kuman Tricomonas (lelehan keputihan atau tidak berwarna cair, banyak, berbuih)
Bacterial vaginosis (lelehan berbuih, berbau hanyir)
Kuman Chlamydia (jarang menyebabkan lelehan)
Kuman Gardneralla (lelehan cair berbau busuk)


Oleh Nor Affizar Ibrahim,DARI BLOG:INTIM WORDPRESS

90 ulasan:

  1. tumpang tanya..saya sedang hamil dan mengalami masaalah keputihan..apa yang membuat saya risau,keputihan ini berbentuk beku,bewarna kuning sedikit kehijauan diiringi air yang cair..keputihan yang beku itu menutupi mulut v saya...bau yng kurang memuaskan...bagaikan susu yng bsi..begitulah keadaan nya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dinasihatkan berjumpa dengan doktor segera....kerana keputihan tersebut boleh mendatangkan kanser rahim

      Padam
    2. Terima kasih buat semua yg sudi ziarah blog ni dan sudi memberi sedkit info atau maklumat,semoga berguna buat semua....tuan blog

      Padam
  2. boleh tanya bnyk ckit...sy mngalami keputihan yang banyak sgt shgga mybabkn kemaluan sy rsa pedih,kemerah merahan sperti rsa terbakar...malah dalam lubang faraj sy bnyk cecair yg bwrna putih dan nmpk berketul2...dan rasa gatal di dalam yg teramat sgt shngga sy xtertahan menahan rsa kgatalan tu..bila brsama suami sy rsa skit...apakha yg perlu sy buat...sy malu nak bjmpa doktor...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kawan saye sering mengadu selepas datang haid keadaan normal, dalam beberapa hari kemudian keputihan datang seperti biase. Biasanya ok,tapi lame kelamaan semakin memekat dah beketul2, selain itu juga selepas buang air mesti baunya akan naik dan dia menjadi kurang selesa. Please bagi petua.

      Padam
  3. Masalah keputihan ni memang biasa terjadi pada hampir semua wanita melalui pemakanan,untuk rawatan sementara bolehlah saudari mencuba ramasan air daun sirih,basuh kemaluan pada waktu hendak tidur dan awal pagi.Banyak ubatan moden boleh di dapati,se eloknya guna ubatan herba,untuk mengetahui lebih lanjut layari laman sesawang ini http://www.rawatkeputihan.com/index.php?ref=keputihanmu dan di sini http://petuasejagat.blogspot.com/2011/03/tips-menghilangkan-keputihan-secara.html .Semoga berguna untuk saudari

    BalasPadam
  4. Salam..isteri sy kerap mengadu sakit ketika kami bersama dan menyebabkan kami tidak mencapai kepuasan seksual..dan apabila diperhatikan,terdapat cairan hijau kekuningan y keluar dari faraj isteri..mcmane nk ubati benda ni?

    BalasPadam
  5. bawak g jumpa doktor...ambk antibiotik, lepas tu amalkan makan probiotik untuk cntrl balik bakteria dalam vagina yang mati kesan drp pengambilan antiobiotik tu..kurangkan makanan yg mengandungi gula yang tinggi, coz kulat keputihan suka benda yang manis2..probiotik boleh dibeli dkt farmasi...dan amalkan makanan yg kaya probiotik like vitagen,yalkult...dan lebih baik jauhkan diri menggunakan femine care yang bnyk buih, coz banyk buih lg menyebabkan bakteria baik pd vagina mati and kulit jadi lebih kering...lg btmbh gatal.

    BalasPadam
  6. Terimakasih pada anda kerana sudi memberi sedikit tip dan info...

    BalasPadam
  7. budak budak umur 12 tahun pon boleh jadi ker ?

    BalasPadam
  8. salam...... sy mengalami keputihan terus menerus berbau dan menyebabkan gatal,, merasa risih selepas buang air kecil nampak basah dan ketika sy melakukan intim pun suami sy selalu mengeluh.apa penyebabnya dan bagaimana mengatasinya????terima kasih

    BalasPadam
  9. Hai.. saya baru berkhawin dan selepas bersetubuhan saya dapat cecair putih keluar. Tetapi tidak gatal atau sakit.kenapa itu

    BalasPadam
  10. Dua kemungkinan,samada air mazi saudari atau mungkin juga air mani,dan kalau ianya berbuih besar kemungkinan adalah air mazi saudari sendiri,dan bukannya keputihan...

    BalasPadam
  11. Sy sedang hamil 4 bulan... tetapi mengalami keputihan yg beketul ketul mcm susu basi tetapi tidak mgeluarkan bau.. adakah ini normal ataupun perlu mendapatkan rawatan segera..

    BalasPadam
  12. Salam...sy blm bkahwin..tp bru2 nie sy mgalami keputihan yg bbau shgga myebabkn kegatalan yg teramat..kdg2 sy rasa panas d kwsn vagina sy...soalan sy..ape yg perlu sy lakukan supaya kegatalan n bau hanyir ini bhenti...keadaan bgni myebabkn sy bgtu tdk selesa..

    BalasPadam
  13. hye...saya blum bkhwn.tp bru2 ini keputihan saya agak bnyk daripd bulan2 yg lepas.lagi pun saya blm datng haid 2minggu..adakh itu tanda awal kehamilan??

    BalasPadam
  14. anak saya umur 4 tahun dia selalu garu pepetnya.bila saya buka ada banyak keputihan dan digaris pepetnya terbuka sikit.kenapa ya?

    BalasPadam
  15. Sy mempunyai anak perempuan berumur 4 tahun, sy perasan selalu ada cairan atau lendir berwarna hijau yang agak berbau melekat di panties. Adakah ia bahaya untuk anak seawal umur itu?

    BalasPadam
  16. anak anda 4 tahun yang mengalami lendir berwarna hijau itu mungkin ai satu kuman atau air kencing yang asid.saya sarankan jangan pakai seluar dalam untuk dia kerana kemaluannya agak berpeluhan...anak anda selalu garu di kemaluanya?boleh saya tahu badannya tembam? anda ada lihat ada kesan apa2 di kemaluannya,seperti merah atau terbuka sedikit di garis kemaluannya?

    BalasPadam
  17. Saya dah berkahwin,saya ada masalah keputihan dan kegatalan yang amat ketara,,dahulu faraj sy gatal dah banyak keputihan,,tapi bila lama2 gatal tu hilang..tanpa sy sedari..keputihan yang berbau sgt busuk..tambah lagi selepas bersama suami..saya dpt tahu faraj sy berbau selepas 4 bulan lepas..suami sy pakai kondom dan air yg melekat pd kondom 2 berbau colou dia putih dan berbiji2..smpai sekarang saya tak tahu apa ubat yg btl2 sesuai..sebab sy pnh prgi check doc then doc 2 bg ubat cecair maskkan dlm faraj..tapi xde kesan..doc tolong sy..sarankan apa2 ubat sekali pun..sebab suami saya dah mula menjauhkan diri..tq

    BalasPadam
  18. klu faraj anda berbau,anda kena mencuci faraj anda dengan betul.faraj anda mengalami incoreltions itu adalah kuman yang ada dalam mazi anda.faraj anda ada berpeluh atau air?

    BalasPadam
  19. Saya baru berkahwin. Saya dgn suami kerap melakukan hubungan sex. Ada satu ketika suami saya mengadu gatal bila dia memasukkn kedalam faraj saya. Saya tidak ada rasa sakit atau berbau. Kenapa boleh jadi begitu?

    BalasPadam
  20. faraj anda mengalami keputihan yang memberi kote suami anda gatal.anda pernah buat sex dengan kuat?

    BalasPadam
  21. tumpang tanya,saya blum bkhwin tetapi saya mengalami keputihan berketul2 tetapi tidak sakit n gatal,boleh saya tahu apakah jangkitan yg saya alami?

    BalasPadam
  22. anda harus cuci faraj dengan betul

    BalasPadam
  23. Bahagian luar kemaluan saya melecet kerana mungkin digaru tanpa sedar ketika tidur. Puncanya mungkin akibat saya terlupa membasuh tgn sebelum mencebuk. Doktor telah memberikan ubat antibiotik, ubat alahan, krim sapu decozon dan ubat insert Candid. Saya tlh menggunakan ubat2 tersebut mengikut aturan tetapi kini setelah 3hari kemaluan saya masih melecet dan pedih terutama ketika membuang air kecil. Apa yg saya harus lakukan sekarang ye?

    BalasPadam
  24. anda ada anak?faraj anda mengalami dianosis yg teruk,akibat digaru...anda perlu mencucinya...anda harus cuci dengan kuat pada garis yg terbuka

    BalasPadam
  25. Salam..sekadar nak share.. sy skang tgh hamil 6bulan.. start kne mslah keputihan yg teruk di awal kehamilan..sampai sy perlu menukar seluar dlm 4x shari..gatal yg teramat.. bila mengadu doktok bg ubat yg sumbat dlam faraj tu.. tl mslah xpernah selesai.. Alhamdulillah masa balik kg minggu lepas sorg makcik bidan ni share cara tradisional.. guna daun sireh.. caranya ckup mudah. ambik daun sireh dlm kiraan ganjil.. bilas smbil selawat sbyk mgkin.. rebus daun tu sambil air rebusan menggelegak.. tggu suam2 kuku.. basuh 2-3x shari.. sy guna tiap kali rse xslesa.. hasilnye keputihan sy lenyap.. tak ada da bau busuk..gatal.. cubelah insyAllah..

    BalasPadam
  26. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  27. saya syorkan anda menggunakan produk JAMU SUSUK DARA.. terbukti berkesan..cara lama tp di permodenkan.hanya menggunakan herba. kandungan ketiga ni tiada masalah hkeputihan sejak guna feminin wash JSD.alhamdulilah..PM saya di https://www.facebook.com/fmunirah OR wassap/sms 0178833544. Saya cuma ingin membantu, jangan malu2 nanti anda yang rugi. Saya adalah Pengedar sah JAMU SUSUK DARA.

    BalasPadam
  28. Sya nak bertanya.. sya baru mngandung 2 bln...sya mengalami keputihan berketul bewarna putih..tetapi tidak gatal. Baunye pn. Tak la berbau hanyir.. ketulannya tidak keluar sndri. Apbla slps bersama keputihan itu lagi banyak.. sampaikan sya msukkan jari sya dan lihat ketulan tu byk keluar ikut jari sya.. adakah ini boleh mendatangkan effect pada kandungan sya.. trima kasih

    BalasPadam
  29. Pernah berlaku semasa isteri saya mengandung anak ke dua,keluar juga ketulan cecair cerah dan ditahan di wad selama seminggu tapi Alhamdulillah tak ada apa-apa...

    BalasPadam
  30. anak saya menaglami keputihan yang teruk,dia umur 4 tahun...badanya gemuk...dia tidak mahu pakai seluar dalam...apa yang anda boleh bantu?

    BalasPadam
  31. Bagaimana Menghilangkan Keputihan Dalam Masa 24 jam?
    Jom hilangkan keputihan dgn Pantas.

    ==> http://tinyurl.com/TiadaKeputihan

    BalasPadam
  32. Saya mengalami keputihan teruk.. bila time saya cuci di dalamnya, akan keluar darah.. haid saya pun xteratur.. boleh bagi nasihat..

    BalasPadam
  33. anda ada anak?keputihan teruk ini menyebabkan selepas beranak...anda beritahu dulu sama ada ia gatal?

    BalasPadam
  34. anda ada tak masterbates selalu?anda cuci dengan masukan jari kedalam?boleh awak bagitau pernah lihat faraj budak 4 tahun?

    BalasPadam
  35. Salam, saya ingin bertanya.. apakah rawatan yang segera bagi mngurangkan kepedihan pada bibir faraj? Pada mulanya saya mengalami kegatalan yang trramat sgt pd bibir kemaluan saya, disebabkan itu sy seringkali menggarunya..hal tersebut telah menyebabkan kemaluan sy melecet, kemerah-merahan dan mngalami beberapa luka dibibir kemaluan tersebut. Apabila dicuci dengan air, kawasan tersebut tersangat pedih dan pergerakan saya juga terbatas dimana sy terpaksa bjalan secara kangkang dan mengurangkan memakai seluar dlm kerana jika memakainya, luka tersebut akan melekat pd seluar dlm saya dn jika membuka nya ia akan mengalami rasa pedih yang teramat. Bantulah saya dalam menangani masalah sebegini kerana ia merupakan pertama kali sy mengalaminya.. saya malu untuk berjumpa doktor kerana khuatir doktor lelaki akan mmeriksanya.. terima kasih..

    BalasPadam
  36. Salam sejahtera saya ibu kepada 3 org ank ingin bertanya saya mengalami keputihan yang agak teruk warnanya hijau ke​kuning​an dan bau yg busuk namun tidak gatal , sya mengalaminya sudah bertahun tahun tapi sejak kebelakangan ini sya selalu berasa lenguh2 di bhgian atas punggung adakah ini berkaitan dgn keputihan

    BalasPadam
  37. Saya megalami mslh gatal kwsn ats vagina.kwsn bibir xgatal.ubt apa yg sy perlu.krim atau ubt jns insert.kdg xtahan smpi sy sapu vicks

    BalasPadam
  38. Saya megalami mslh gatal kwsn ats vagina.kwsn bibir xgatal.ubt apa yg sy perlu.krim atau ubt jns insert.kdg xtahan smpi sy sapu vicks

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya lak bubuh minyak kapak 😭😭

      Padam
  39. Salam..tumpang tnya..sjak akhir2 ni kputihn syg brtukar jd kehijauan..sblum ni x ada...dgn kputihan skrg bau air kncing hamis...saya dh brkhwin..xsakit msa prsetbuhan..xgatal....sya nk pnjelasan n rawtan sesuai...

    BalasPadam
  40. Salam..tumpng tanya..sy br khawin 5 buln xpi keputihan agak bnyk ada....x tahn pedih ada ape2 ubt untk tu x

    BalasPadam
  41. tumpang tanya,dlu saya kerap mgalami keputihan macam ketul susu basi..skang kurang macam tu,,tapi skang saya mengalami bau hanyir yg kuat..bile melekat pada panties,bau hanyir tu akan tembus sampai seluar.saya ade guna pantyliner.saya malu nak jumpa doktor.saya bakal kahwin disember ni.takot bakal suami x selesa nanti..mcm mne nk buat ye??

    BalasPadam
  42. jangan pakai seluar dalam untuk mengelakkan keputihan pada faraj...

    BalasPadam
  43. Tumpang Tanya..sy mngalami keputihan yg truk smpai keluar cecair berwarna kuning ..hal ini terjadi slepas sy keguguran..adakah ini berbhaya utk sy???

    BalasPadam
  44. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  45. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  46. Asslammualaikum.Saya ingin memperkenalkan Tuala Wanita Lexee.Tuala Wanita lexee adalah tuala wanita terbaik dan berkualiti tinggi yang diperbuat daripada 100% kain kapas dan mengandungi bahan organik semulajadi tanpa bahan kimia yang berbahaya.

    Dengan haruman Bungan Melur dan teknologi Nano Infrared dari german yang terbukti berkesan dalam merawat dan mencegah pelbagai jenis masalah wanita antara seperti keputihan,senggugut,buasir,haid tidak teratur,fibroid,prostat,kegatalan,gout,kencing tak lawas,alahan pada kulit,migrain dan lain-lain

    Tuala wanita lexee juga terbukti Mencegah penyakit wanita serta mampu menambahkan keyakinan seorang wanita kerana reka bentuk yang sangat nipis dan selsesa semasa memakainya .Dengan 8 lapisan nipis serta teknologi dengan ACTIVE OXYGEN,NAGATIVE ION,Far infra Red

    Anda Boleh Melihat Maklumat lanjut Produk Tuala Wanita Berubat ini Di halaman
    www.usahawanredlife.com

    BalasPadam
  47. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  48. Assalamualaikum...sye ada mslh cecair jernih kekuningan keluar seperti terkencing tapi tak berbau dan sentiasa keluar.....adakah ianya penyakit merbahaya dan beri sedikit nasihat.tq

    BalasPadam
  49. Salam, sy masih remaja dan mengalami masalah keputihan . . Kadang2 ia keluar banyak kadang2 sikit dan kadang2 tiada . . Ia berupa lendi yg berwarna putih apabila keluar . . Sy mengalami kesukaran dan ketidakselesaan semasa berada di tempat selain dari rumah sendiri . . Adakah sah jika lendir tersebut keluar apabila kita sedang menunaikan solat ?? Bagaimana cara untuk mengatasi keputihan tersebut ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apakah cara yg paling senang dan mujarab untuk mengatasi masalah keputihan ??

      Padam
  50. Salam,saya nak tye...saya mengandung dh hmpir 9 bulan sekarang niey...tetapi saya msih lg mlakukan aktiviti bersama suami,saya perasan bila suami saya cakap ada mcm daki tapi warna putih macm kputihan...yang sngt byk ada kat kemaluan,dan ketika bersama,saya sentiasa rasa pedih yeng teramat,sampai xmmpu nk bgerak...adakah perkara ni berbahaya...sebab kadang2 sampai sy xmampu menahan nye....

    BalasPadam
  51. Hi..
    Sy mgalami keputihan y bbau ttapi xgatal pn. Bau mcm tkeluar dr seluar smpikn sy sndri blh hidung. pkara ni akn blaku slps 2 3 kali sy bsama suami. Mcmna cra mgatasi msalah sy ni?

    BalasPadam
  52. Boleh Cuba Menggunakan Pantiliner Berubat Lexee
    Lihat Maklmuat lengkap Pantilyner Berubat lexee yang boleh menghilangkan keputihan melampau

    www.lexee2u.com

    BalasPadam
  53. assalamualaikum.saya ingin bertanya.saya terkena jangkitan kuman yang menyebabkan keputihan berwarna hijau,berbau busuk dan sakit di bawah perut pada hari terakhir saya haid dan merupakan hari bersama suami.adakah sperm masih boleh hidup didalam vagina yang dijangkiti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mcmana keadaan sekarang? jangkitan sis dah hilang?

      Padam
  54. jumpa dgn doktr..nanti dok akn bg ubt untuk insert.saya msa mngndung ank ke2 mula jd kputihn..lepas guna ubt doktr bg alhmdulillh kmbli norml

    BalasPadam
  55. adakah sperm masih boleh hidup didalam vagina yang ada infection?sebab kami masih lagi merancang keluarga.dan bersama ketika hari ke7 saya haid.kitaran haid saya pada bulan itu adalah 30 hari.adakah berpotensi hamil?

    BalasPadam
  56. Says umo 17 thon sye Ade mslah lendir berbau kadang2 kuar warne putih jernih mcm air kdang2 kuar warne putih pekat pastu kuar warne kuning yg ni jrang LA kuar.. Ade jgak LA gatal2 nye sye nk kne wat ape ni.. Nk jmpe doktor sye mlu LA tkot dktor check DLM je..

    BalasPadam
  57. Saye berumor 14 thun.. berbadan gemok.. keputihan saye berbentuk seperti susu basi berwarne putih kekuningan ... dan berada di sekeliling bibir faraj saye dan ia lebih banyak di bahagian clit saye... bagaimana nk menghilangkan nye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan ade kah ia membawa penyakit??

      Padam
    2. Ia bukan penyakit...adik jangan pakai seluar dalam...boleh saya tanya...kamu ada adik perempuan?

      Padam
  58. Saya sarankan jangan pakai seluar dalam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kamu ada adik perempuan umur 3-6 tahun

      Padam
    2. Salam..
      Sy berumur 23tahun dab baru 7berkahwin....
      masalah sya ialah keputihan yg sgt byk berketul2 sehinggakan apabila brsma suami, kptihan tu lekat pd "adik" suami..
      n baru2 ini lubang miss v sy teramat gatal bila tiba waktu mlm sebelum tdo...
      kegatalan yg teramat di dlm lubang miss v sy sgt2 buat sy tdk selesa dan xboleh tdo....
      Dsbabkn kgatalan yg amat sgt, sy mskkn jari ke dalam lubang miss v sy dan dapati kputihan melekat pd jari sy..
      adakah keputihan ini boleh mnybabkn knser rahim?
      mcm mana nk rawat mslah kegatalan ini?

      Padam
  59. Salam..
    Sy berumur 23 tahun dan baru 7 bulan berkahwin....
    masalah saya ialah keputihan yg sgt byk dan berketul2 sehinggakan apabila brsma suami, kptihan tu lekat pd "adik" suami.. 
    Dan baru2 ini lubang miss v sy teramat gatal bila tiba waktu mlm sebelum tdo....
    untuk pengetahuan, sy jarang bersama suami krana sy masih belajar di sabah dan suami bekrja di slangor..
    kegatalan yg teramat di dlm lubang miss v sy sgt2 buat sy tdk selesa dan xboleh tdo....
    Dsbabkn kgatalan yg amat sgt, sy mskkn jari ke dalam lubang miss v sy dan dapati kputihan melekat pd jari sy..
    adakah keputihan ini boleh mnybabkn knser rahim?
    mcm mana nk rawat mslah kegatalan ini?

    BalasPadam
  60. Salam...saya masih remaja..saya dah lme ade masalah kputihan ni...rasa gatal dan pedih yang teramat tetapi cecair keputihan tu kadang jernih dan kadang kekuningan..nak jumpe doktor tp malu..saya juga ada masalah dimana sebelah bibir kemaluan saya menggelebeh..saya berbadan gempal dan kuat berpeluh..ada apa2 yang saya boleh lakukan untuk masalah2 saya ni? Saya malu dan takut hendak berjumpa doktor ..please balas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan Masalah bibir kemaluan menggeleh pula mcm mna hendak diselesaikan

      Padam
  61. Saye ade masalah pada vagina yang mengeluarkan keputihan kekuningan dan berbau . Macam mana nak atasi masalah ini.

    BalasPadam
  62. Salam. Sy berumur 23 tahun dan belom berkahwin. Sy mengalami mslh vagina yg mengeluarkan keputihan yg banyak dan sejak akhir ini keputihan bertukar bewarna hijau dan sedikit bau. Tetapi sy tak mengalami sebarang keradangan atau kegatalan. Blh sy tau apa cara utk mengatasi mslh ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum,, sy fara ..sy ada produk tuk atasi mslh wanita sprt keputihan,haid tidak teratur miss v gatal,longgar dan berbau ,sukar hamil..

      Berminat boleh whatsapp sy 0147331472

      Padam
    2. Assalamualaikum,, sy fara ..sy ada produk tuk atasi mslh wanita sprt keputihan,haid tidak teratur miss v gatal,longgar dan berbau ,sukar hamil..

      Berminat boleh whatsapp sy 0147331472

      Padam
  63. salam..sy nk tnya sy mngalami keputihan yg agk terok.xpe ke jika sy msukkn jari utk mengeluarkn keputihan tersebut.ade effect ke pd rahim.sbb mmg bile masukkn jari melekat byk keputihan pd jari sy.bantu sy.tq

    BalasPadam
  64. Saya nak tanya...saya remaja berbadan gempal keputihan saya keluar berwarna putih seperti susu basi apakah rawatan tradisional yg harus saya lakukan...saya tidak mempunyai adik

    BalasPadam
  65. Saya malu nak jumpa dr sbb saya takut dr lelaki yg akan membuat pemeriksaan
    Mohon dapat balasan

    BalasPadam
  66. Saya mgalami kegatal tepi kangkang keluar keputihan warna putih. Saya belum kahwin.

    BalasPadam
  67. Sesiapa ade masalah keputihan atau masalah kemaluan boleh watsapp saya sekarang...01115378653
    Sesiapa ade masalah anak2 yg ade gatalan boleh watsapp saya

    BalasPadam
  68. sy bersama isteri sex kemudian zakar sy gatal pedei sakit bahagia kulit itu merah sebagai bakar .mengapa macam itu jagi

    BalasPadam
  69. Setiap kali sy membuang air kecil ade lendir berwarna putih seoerti ingus. Tidak berbau tiada kegatalan tidak keluar dia seluar dalam. Adakah itu keputihan

    BalasPadam
  70. Saya ada mslh haid tidak teratur... selama hampir 4tahun darah haid berhenti...tapi 6bulan lepas keluar darah haid normal 8hari dan sekali tu je smpai sekarang... masalah keputihan yg saya hadapi selepas haid terakhir tu berwarna kuning seperti keju & berketul2... jarang gatal2 & hnya berbau seperti putih telur... ketika bersama dengan suami tiada rasa sakit cuma keputihan keluar banyak sbb melekat pada kemaluan suami... umur saya 39tahun dan tak pernah mengandung...

    BalasPadam
  71. saya garu2 sampai berdarah ..pedih sgt2 .bla kencing perghh pedih..saya guna ca ndid yg masuk dlm miss v...guna rebusan sirih dgn garam....buh gamat kt tmpt luka....nampaknya saya kena minum yakult dn yogat la...lagi saya tabur tepung ubi ..huh

    BalasPadam
  72. Saya hamil awal byk keputihan mcmn atasi

    BalasPadam
  73. sy dah 1 bulan x dt haid .lepas tu ada lah ke putihan keluar mcm putih telur ..tapi x gatal lah ...

    BalasPadam
  74. sy dah 1 bulan x dt haid .lepas tu ada lah ke putihan keluar mcm putih telur ..tapi x gatal lah ...

    BalasPadam

Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Blogobo.com