Ahad, 12 Jun 2011

ITU TAK ADIL-DATUK SABRI ISMAIL

PETALING JAYA - Tindakan pihak tertentu yang akan melancarkan protes berikutan pemansuhan diesel super subsidi untuk lori komersil dianggap tindakan tidak adil kepada kerajaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ini kerana, menurutnya, biarpun super subsidi ditarik balik, kerajaan masih menanggung subsidi me-lalui diesel biasa dengan nilai RM1.

“Dahulu pengusaha lori komersial membayar RM1.48 seliter melalui diesel super subsidi, tetapi kini mereka bayar RM1.80 seliter di mana kerajaan memberikan subsidi pada sebahagian harganya.

“Mereka perlu sedar walaupun menarik balik super subsidi kepada mereka, kerajaan masih memberikan subsidi RM1 setiap liter, bukan bermakna kerajaan tarik sepenuhnya. Jika ditarik semua, mereka akan membayar RM2.80 sen seperti dibayar pihak industri ketika ini,” katanya.

Berikutan itu, beliau menyifatkan ancaman kepada kerajaan untuk boikot dan mogok adalah tidak munasabah.

“Selama lima tahun mereka menikmati hasil faedah diberikan kerajaan, tiba-tiba dalam waktu ini mereka nak mogok, ini tindakan tidak baik, eloklah difikirkan semula,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, perkara itu jika hendak dilakukan biarlah mengikut undang-undang kerana di Malaysia, walaupun bebas bersuara negara ada undang-undang.

“Negara ini negara bebas untuk mereka melakukan apa sahaja, jadi terserahlah. Kalau nak demonstrasi lebih daripada lima orang mereka kena dapatkan permit polis, negara kita bebas tapi ada undang-undang, saya tak boleh nak sekat kepada sesiapa apa mereka nak buat, terserahlah,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Blogobo.com