Isnin, 21 November 2011

ADAB BERJIMAK(BERSETUBUH) MENGIKUT ISLAM

PERKARA-PERKARA PENTING SEMASA MELAKUKAN PERSETUBUHAN
Bertaubat  dan Memohon Keampunan
Di malam pertama Islam menganjurkan kepada pasangan   suami isteri supaya  membersihkan  diri      dari dosa dan noda yang pernah dilakukan sebelum ini sama ada zahir dan batin. Oleh itu mereka disarankan supaya memohon taubat kepada Allah sama ada dengan sembahyang sunat taubat atau beristiqfar kepadanya.Diharapkan pertemuan buat kali pertama,ini benar-benar memberi makna dalam membina kehidupan baru yang dapat mengabdikan diri kepada Allah.



Amalan Semasa  Masuk Bilik / Rumah
Semasa masuk rumah atau bilik bacalah doa terlebih dahulu iaitu :
اللــــــهُمَّ إنِي أَسْئَلُكَ خَيْرَالمَوْلج وَخَيْرَ المَخْرَج بِاسْمِ الله ولَحَنَا وباسم الله خَرَجْنَا وَعَلَى الله رَبَنَّا تَوَكَّلْنَا

Wahai Allah, aku pohonkan daripada kamu sebaik-baik  tempat masuk dan tempat keluar ini.  Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami berserah.
Dan dahulukan kaki kanan apabila masuk bilik  / rumah tersebut. Sembahyang Sunnat di Bilik Tidur
Seterusnya apabila suami isteri sudah berada di bilik tidur maka sunat keduanya sembahyang sunat dua rakaat. Selesai sembahyang sunat, bacalah surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas  dan selawat Nabi sebanyak tiga kali dan diiringi dengan doa seperti berikut :

اللــهم بَارِكْ لِي فِي اَهْلِي وَبَارِكْ لَهُمْ اللــــهم اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ بِخَيْرٍ وَفرّق بَيْنَنَا اذا فَرَقّتَ بِخَيْرٍ YA Allah, berkatilah bagiku disisiku ahliku, Dan berkatilah bagi ahliku disisiku.  Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami ini suatu pertemuan yang baik.  Dan pisahkanlah kami, andainya perpisahan itu sebagai kebaikan.  Ya Allah, berilah rezeki kepada mereka  daripada ku dan berilah rezeki kepada akud aripada mereka.  Dan jadikanlah kemesraanku dan kasih sayingku bagi mereka.Dan jadikan kami semua saling cinta mencintai. Selepas itu sisuami hendaklah memusingkan badannya  dan hadapkan mukanya tepat  kepada isterinya dan duduk bertindih paha seraya memberi salam kepadanya. Ini adalah sebagai mukaddimah untuk berbual mesra  antara suami dan isteri supaya ianya benar-benar  merasa gembira dan mesra. Meletak tangan kanan di atas ubun-ubun isteri Selepas itu suami hendaklah meletakkan tangan kanannya di atas umbun-umbun isterinya bertujuan memohon keberkatan dan kebaikan dan bacalah doa seperti berikut::-

 اللــــــــــــــهم  إني اســـــــــئلك مــِن خَيْرِهَـــــــا وَخَير مَــــا جـــــبلتُهَـــــا عَليْه وأعــــوذبــِك مـِنْ شَـــرهــــــا وشرمــا جبلتها عليــه Ertinya :   Ya Allah, sesungguhnya aku pohon daripada Kamu dari sebaik baiknya barang ciptaan Kamu.  Dan aku berlindung dengan kamu daripada seburuk-buruknya dan  seburuk-buruk yang telah Kamu ciptakannya.-SOURCE

1 ulasan:

  1. Kalau anda berminat untuk mengetahui bagaimana anda boleh
    mencapai kepuasan sejati, begitu juga buat pasangan
    anda di saat menempuh malam pertama pengantin,
    inilah panduan yang akan mendedakan
    segala “rahsia” tersebut.
    Di sini saya kongsikan kepada anda panduan yang dimaksudkan

    ==> http://bit.ly/MalamPertama4u

    BalasPadam

Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Blogobo.com