30 Mac 2012
SHAH ALAM – Wakil Yayasan Sultan Kelantan akan bertemu doktor pakar yang bakal merawat Mawar Nur Farisya, 2, di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, hari ini.
Pertemuan itu bagi mendengar penjelasan doktor pakar berhubung pembedahan yang dijadualkan 3 April ini.
Pertemuan itu bagi mendengar penjelasan doktor pakar berhubung pembedahan yang dijadualkan 3 April ini.
Menurut bapa Mawar, Farid Alsuwad Mohamed Maki, pertemuan itu bagi menjelaskan kos rawatan pembedahan yang telah dipersetujui.
Sinar Harian difahamkan, wakil yayasan akan tiba di Kuala Lumpur dan turut serta dalam temu janji bersama pihak hospital, 2.30 petang ini.
Semalam, Sinar Harian melaporkan Yayasan Sultan Kelantan bersetuju membiayai kos rawatan pembedahan Mawar yang menghidap lumpuh otak, jantung berlubang dan injap jantung sempit berjumlah RM40,000.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...