Khamis, 29 Mac 2012

3 RAKYAT MALAYSIA ANTARA YANG BERJAYA DI NEGARA ASING


MELBOURNE: Tiga rakyat Malaysia antara enam yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam beberapa serbuan polis di Melbourne Selasa lalu dan merampas ganja bernilai A$3.7 juta.

Lebih 1,500 pokok ganja turut dirampas dalam serbuan serentak di beberapa buah rumah di pinggir bandar Dandenong, Springvale, Carrum Downs, Clarinda dan Mulgrave. Menurut satu kenyataan polis, rakyat Malaysia berkenaan berumur 42, 38, dan 26 tahun yang kini ditahan pihak imigresen. 

Polis telah mendakwa lelaki berumur 26 dan 42 tahun itu, kedua-duanya dari Keysborough, atas tuduhan menanam dan mengedar ganja untuk tujuan komersial.Lelaki berumur 38 tahun dari Springvale itu turut didakwa atas tuduhan yang sama.

Salah seorang daripada mereka telah menghubungi Konsul Jeneral Malaysia di sini, Dr Mohd Rameez Yahaya sebaik ditahan bagi meminta bantuan.

Yang turut didakwa ialah seorang lelaki berumur 72 tahun dari Noble Park atas tuduhan yang sama beserta 10 kes mencuri. Dua wanita berumur 42 dan 40 tahun turut didakwa. Sejumlah bahan dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk menanam pokok ganja turut dirampas. - Bernama



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Blogobo.com