Sabtu, 17 Disember 2011

TAUHID ULUHIYYAH

Uluhiyyah adalah ibadah. Tauhid uluhiyyah adalah mengesakan Allah dengan perbuatan para hamba berdasarkan niat taqarrub yang disyariatkan, seperti doa, nazar, korban, raja’ (pengharapan),
takut, tawakal, raghbah (senang), rahbah (takut), dan inabah (kembali/taubat). Jenis tauhid inilah yang merupakan inti dakwah para rasul, mulai rasul yang pertama hingga yang terakhir.

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): ‘Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah thaghut itu’.” (An-Nahl: 36).
“Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya,‘Bahawasannya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku’.Setiap rasul selalu memulai dakwahnya dengan perintah tauhid uluhiyah, sebagaimana yang diucapkan oleh Nabi Nuh, Hud, Shalih, Syu’aib, dan lain-lain.


Dan ingatlah Ibrahim, ketika ia berkata kepada kaumnya, ‘Sembahlah olehmu Allah dan bertakwalah kepada-Nya’.” (Al-Ankabut: 16).
“Katakanlah: ‘Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama’.(Az-Zumar: 11).


“Saya diperintahkan untuk memerangi manusia sampai mereka bersaksi bahawa tiada ilah (sesembahan) yang hak kecuali Allah, dan bahawa Muhammad adalah rasulullah.” (HR Bukhari dan Muslim).


Kewajiban awal bagi setiap mukallaf adalah bersaksi laa ilaaha illallaah (tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah) serta mengamalkannya. Allah SWT berfirman,


“Maka ketahuilah bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan mohonlah ampunan bagi dosamu ….” Dan, kewajiban pertama bagi orang yang ingin masuk Islam adalah mengikrarkan dua kalimah syahadah.


Jadi, jelaslah bahawa tauhid uluhiyyah adalah maksud dari dakwah para rasul. Disebut demikian, kerana uluhiyyah adalah sifat Allah yang ditunjukkan oleh nama-Nya, “Allah”, yang ertinya dzul uluhiyyah (yang memiliki uluhiyyah). “tauhid ibadah”,;kerana ubudiyyah adalah sifat ‘abd (hamba) yang wajib menyembah Allah secara ikhlas, kerana ketergantungan mereka kepadanya. 


Syeikh Islam Ibnu Taimiyah mengatakan, “Ketahuilah, keperluan seorang hamba untuk menyembah Allah tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun tidak memiliki bandingan yang dapat dikiaskan, tetapi dari sebahagian segi mirip dengan keperluan jasad kepada makanan dan minuman. Akan tetapi, di antara keduanya ini terdapat perbezaan mendasar. 


Kerana, hakikat seorang hamba adalah hati dan rohnya, ia tidak boleh baik, kecuali dengan Allah yang tiada Tuhan selain-Nya. Ia tidak boleh tenang di dunia, kecuali dengan mengingat-Nya. Seandainya hamba memperolehi kenikmatan dan kesenangan tanpa Allah, maka hal itu tidak akan berlangsung lama, tetapi akan berpindah-pindah dari satu macam ke macam yang lain, dari satu orang kepada orang lain. Adapun Tuhannya, maka Dia diperlukan setiap saat dan setiap waktu; di mana pun ia berada, maka Dia selalu bersamanya.


” (Majmu Fatawa, I/24). Tauhid ini adalah inti dari dakwah para rasul, kerana ia adalah asas dan fondasi tempat dibangunnya seluruh amal. Tanpa merealisasikannya, semua amal ibadah tidak akan diterima. Kerana, kalau ia tidak wujud, menanglah lawannya, iaitu syirik. Sedangkan Allah SWT berfirman,“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik.”


“… seandainya mereka mempersekutukan Allah, nescaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan.” (Al-An’am: 88). “Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi.”(Az-Zumar: 65). Dan, tauhid jenis ini adalah kewajiban pertama segenap hamba. Allah SWT berfirman, 


“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang tua ibu bapa ….” (An-Nisa’: 36). Dan, beberapa ayat-ayat lainnya yang isinya tentang hal ini.
-SOURCE-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Blogobo.com