Ahad, 18 Disember 2011

AWANG HITAM BERLAGAK SAMSENG

MINGGU  lalu, seorang lelaki Nigeria mati ditembak polis selepas mengamuk kerana gagal melepaskan diri daripada tahanan polis ketika diberi rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Dalam kejadian itu, suspek dikatakan bertindak agresif selepas beberapa ketulan dadah yang ditelan dipercayai pecah di dalam perutnya. Akibatnya, lelaki bertubuh besar dan sasa itu mampu merentap gari di tangannya sehingga terputus lalu terpelanting dan terkena lampu wad sehingga pecah.
Lebih mencemaskan, lelaki berusia 31 tahun itu bertindak ganas memecahkan tingkap wad untuk melarikan diri namun gagal kerana terdapat jaring di luar bingkai tingkap tersebut. Sedar cubaannya gagal, suspek naik berang dan bertindak menyerang jururawat, anggota polis dan pesakit lain dengan menggunakan besi katil. Situasi bahaya yang mengancam keselamatan kakitangan hospital serta pesakit itu memaksa seorang anggota polis melepaskan sedas tembakan yang mengenai bahu suspek.


Bagaimanapun, suspek nekad untuk menyerang anggota polis terbabit dengan besi katil sehingga memaksa dua lagi das tembakan dilepaskan yang mengakibatkan kematiannya di lokasi kejadian. Suspek yang masuk secara sah ke negara ini 1 Disember lalu ditahan sehari selepas itu kerana menimbulkan kekecohan. Dia juga disyaki terlibat dalam kes dadah.
KUNALAN cedera di rusuk kiri, lengan dan lutut semasa Ops Awang Hitam, Khamis lalu.
Selepas ditahan dan dibawa ke balai polis untuk soal siasat, polis berjaya mengarahkan lelaki itu mengeluarkan sembilan ketulan dadah jenis syabu yang ditelannya sebelum memasuki negara ini. Suspek kemudian dibawa ke HKL untuk menjalani ujian imbasan. Pihak hospital mengesan beberapa ketulan dadah di dalam ususnya. Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati sebanyak 21 ketulan dadah berada di dalam perut suspek. Selain itu, polis turut menemui 12 ketulan dadah di dalam bilik hotel didiaminya. Kesemua 46 ketulan dadah seberat 831 gram itu bernilai RM130,000.
Bukan hendak mengiyakan, tetapi kes yang melakar sejarah tersendiri di HKL ini secara tidak langsung mengundang persepsi negatif terhadap puluhan ribu warga Afrika di negara ini. Mana tidaknya, hampir setiap hari ada saja berita mengenai jenayah atau penipuan yang dilakukan mereka. Itu belum lagi dicampur dengan aduan warga tempatan yang sudah muak dan bimbang memikirkan keselamatan di kawasan kejiranan kerana setiap hari mereka terpaksa berdepan dengan perlakuan kurang sopan dan budaya liar yang menjadi sebahagian daripada cara hidup kumpulan Afrika ini.
TUN HISAN


Lebih buruk, kita semakin kerap didedahkan dengan kejayaan Awang Hitam ini memperdayakan warga tempatan untuk dijadikan keldai dadah dan kambing hitam dalam jenayah lain. Meneliti semula kes jenayah melibatkan warga Afrika sebelum ini, kebanyakan yang ditahan mengaku mereka adalah pelajar kolej swasta dan ia dibuktikan melalui kad pelajar yang sentiasa dibawa bersama. Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pernah meluahkan kebimbangannya terhadap trend kolej swasta yang memudahkan rakyat asing terutama dari benua Afrika mendapatkan pas pelajar tanpa diwajibkan menghadiri kelas kerana ia didapati meningkatkan masalah jenayah khususnya pengedaran dadah. 


Kebimbangan itu memang berasas kerana hampir setiap hari polis memberkas pengedar dadah terdiri daripada warga asing terutama dari Nigeria. Lebih merunsingkan, ujar Tun Hisan, hampir setiap minggu, polis dan Jabatan Imigresen merampas antara empat hingga 12 kilogram dadah yang cuba diseludup melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang. “Ini (masalah salah guna pas pelajar) adalah serius kerana ia boleh meningkatkan kejadian jenayah khususnya pengedaran dadah, pelacuran dan penipuan,” katanya.


Kebelakangan ini, Jabatan Imigresen dengan kerjasama pihak penguat kuasa lain serius bertindak menggempur kubu Awang Hitam di seluruh negara. Sungguhpun begitu, kumpulan warga Afrika ini tidak gentar, bahkan berani berlagak samseng apabila diminta mengemukakan dokumen pengenalan diri. Malah, Khamis lalu, beberapa anggota Jabatan Imigresen di Melaka cedera ketika cuba memberkas tujuh warga Afrika dalam ‘Ops Gagak Hitam’ di bandar raya itu. Menurut Pengarah Imigresen Melaka, Kamaluddin Ismail, dalam insiden yang pertama kali berlaku dalam tempoh empat bulan ops tersebut dilancarkan di Melaka, beberapa anggota dan pegawai penguat kuasa Imigresen Melaka cedera. 


 Kejadian itu berlaku ketika anak buahnya memeriksa sekumpulan Awang Hitam yang sedang makan di sebuah restoran di Kota Laksamana. “Seorang pegawai, R. Kunalan, 29, mengalami cedera teruk di rusuk kiri selain di lutut dan lengan kerana ditumbuk serta dilempar kerusi oleh seorang suspek,” kata Kamaluddin ketika dihubungi Jurnal. “Mereka meradang apabila anggota saya meminta mereka mengeluarkan dokumen perjalanan. “Apabila gagal menunjukkan dokumen sah, mereka bertindak ganas dengan menyiku dan membaling kerusi ke arah anggota yang cuba menahannya.


 “Ketika bergelut untuk menangkap mereka, saya telah terjatuh sehingga menyebabkan luka di lutut dan siku,” katanya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini. Dalam serbuan tersebut, pemeriksaan mendapati tiga daripada mereka memiliki pas pelajar palsu manakala empat lagi tidak memiliki dokumen pengenalan diri.Sempat berkongsi pengalamannya mengendalikan warga Afrika, Kamaludin berkata, pendatang dari Afrika terutamanya Nigeria berani menggunakan pas pelajar palsu demi menjalankan pelbagai aktiviti jenayah.


“Mat Afrika ini sering ditahan kerana kesalahan black money, penipuan Internet, dadah, pelacuran dan masalah sosial seperti mabuk dan menggoda rakyat tempatan. “Bagaimanapun, mereka tidak banyak di Melaka. “Biasanya apabila ditahan, pemeriksaan pas pelajar menunjukkan mereka datang dari Kuala lumpur,” katanya. Kamaludin tidak menolak kemungkinan kumpulan yang mencederakan anggotanya itu melarikan diri daripada pihak berkuasa di ibu kota. “Mereka sentiasa melarikan diri ke negeri lain dan mencetuskan masalah di kawasan baru dan kita menjalankan serbuan berpandukan aduan orang ramai dan risikan dalaman,” katanya.(HK)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Blogobo.com