Rabu, 23 November 2011

CARA MENGATASI MASALAH KEPUTIHAN-2

gambar daun inai (lawsonia inermis)
Daun Inai (Lawsonia Inermis)

Khusus buat kaum wanita, saya nak kongsikan satu cara mengatasi keputihan. Kali ini, masalah keputihan anda tu boleh dirawat dengan menggunakan campuran beberapa ramuan. Iaitu daun inaibuah temu kunci dan tapak sulaiman.

Sebelum mengetahui caranya, saya sertakan beberapa imej di bawah sebagai rujukan anda. :)

buah temu kunci (boesenbergia pandurata)


Buah Temu Kunci (Boesenbergia Pandurata) - uni-graz.at

tapak sulaiman


Cara-cara menyediakan ramuan mengatasi masalah keputihan:


1. Sediakan beberapa helai daun inai, buah temu kunci dan tapak sulaiman.


2. Bersihkan bahan-bahan tersebut terlebih dulu.


3. Rebuslah kesemua bahan tadi hingga mendidih.

4. Setelah mendidih, tuangkan air tersebut ke dalam gelas dan biarkan ia seketika atau suam.


Kemudian, anda amalkan meminum air rebusan ni hanya sekali sehari. Ulangi meminumnya setiap hari sehingga masalah keputihan anda berjaya diatasi.


Selamat Mencuba!
SUMBER DARI BLOG:petuasejagat.blogspot.com


KEPUTIHAN PADA FARAJ

Petua 1
Ambil beberapa keping daun sireh dan segenggam pinang kering yang dihiris nipis. Direbus bersama air sebanyak 1 litre sehingga mendidih. Biarkan sejuk, campurkan dengan sedikit air bersih buat basuhan pada bahagian sulit wanita tersebut, lakukan 3 kali sehari untuk beberapa hari atau sehingga masalah selesai.
Petua 2
Ambil madu lebah (asli sahaja) satu sudu makan campurkan dengan sedikit air bersih. Dengan menggunakan jari oleskan pada seluruh bahagian sulit wanita. Lakukan 2 kali sehari sehingga sembuh.
Petua 3
Rebus air lobak putih dan minum air rebusan ini setiap pagi sehingga keputihan beransur hilang.
Petua 4
Rendam lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman. Minum airnya setiap hari pagi dan petang. Bunga itu boleh direndam berulang-ulang sehingga pahitnya hilang.
Petua 5
Rebus:
10 biji manjakani
10 biji buah keras
10 helai daun sireh
2 biji limau nipis dan segenggam akar serapat dan kacip siti fatimah.
Wapkan faraj anda dengan wap rebusan ramuan ini. Airnya yang telah suam atau sejuk pula digunakan untuk mencuci faraj anda ketika membuang air kecil.SUMBER
SEGALA ARTIKEL DIATAS ADALAH DIAMBIL DARI BLOG-BLOG PILIHAN,SEGALA KEMUSKILAN ATAU SEBARANG PERTANYAAN TAK DAPATLAH SAYA JAWABKAN-HARAP MAAF....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Blogobo.com