Kenyataan Datuk Seri Najib dengan penuh bangga mahu menghimpunkan ahli UMNO seramai 3 juta amat-amat dialu-alukan menurut blog bekas Ketua Penerangan Pas Idris Ahmad.
"Persoalannya bolehkah beliau mengumpul ahli sebanyak itu. Baru- baru ini untuk himpun 1 juta belia pada 27 -28/ Mei/ 2011 juga gagal kerana yang hadir lebih kurang 10 ribu orang sahaja.
Menurut Idris pengalaman UMNO dalam siri-siri himpunan mereka berakhir dengan kegagalan, seperti program Semarak, himpunan untuk membuang kekebalan Raja-Raja Melayu dan pemimpin bersama rakyat.
"Walaupun mereka buat kerahan kepada pegawai-pegawai kerajaan.
Apabila Presiden UMNO mengaku, beliau boleh mengumpulkan 3 juta ahli hanya merupakan satu ilusi semata-semata, katanya lagi.
"UMNO di era ini bukan ada semangat perjuangan, menyertai UMNO hanya untuk mendapat benda. Bertempit sorak marah kepada kerajaan Pakatan Rakyat bukan kerana rakyat ditindas, tetapi kerana saluran pernafasan pemimpin UMNO yang semakin sempit kerana projek tidak diperolehi dengan mudah. Mereka tidak sanggup berhimpun jika tidak dibayar tambang dan nasi bungkus. Ini boleh dilihat ketika hari penamaan calon pilihanraya di mana mereka tidak tahan lama untuk berhimpun, kadang- kadang beredar sebelum pengumuman dibuat.
Menurutnya lagi ini berlainan dengan penyokong Pakatan Rakyat kerana mereka hadir dengan jiwa yang tulus dan suci, sanggup berjemur dan berpanas semata-mata untuk menuntut pilihan raya yang adil.
Sumber daripada blog Idris Ahmad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...