Jumaat, 22 Mac 2013

LEMBU NAIK PERSONA

Foto
Alor Gajah: Tindakan seorang lelaki menjual seekor lembu yang baru beberapa jam dicuri kepada rakannya memakan diri apabila kedua-dua mereka dibelasah penduduk di sebuah kampung di sekitar Masjid Tanah, dekat sini, kelmarin.

Foto
suspek di belasah penduduk

Difahamkan, seorang penduduk di Kampung Seri Tanjung di sini, menyedari kehilangan seekor lembu betinanya kira-kira jam 8.30 pagi sebelum berjaya mengesan semula binatang berkenaan, empat jam kemudian.
Sumber berkata, suspek berusia 28 tahun dipercayai melarikan lembu itu menggunakan kereta Proton Persona dan menempatkannya di sebuah kandang untuk dijual kepada seorang lagi suspek berusia 43 tahun.

“Menyedari kehilangan itu, mangsa kemudian meminta beberapa rakannya mencari lembu berkenaan dengan meninjau beberapa kandang di sekitar Masjid Tanah dan berjaya mengesan binatang itu diikat di kandang di depan rumah seorang daripada suspek.


“Apabila ditanya, suspek berdegil mendakwa lembu itu kepunyaannya hingga menyebabkan penduduk membelasahnya dan menjadikan peraih lembu berkenaan sebagai umpan memerangkap pencuri sebenar,” katanya di sini, semalam.)HM)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Blogobo.com