
Cerita cintaku..
Aku seorang manusia biasa.. dan ya.. aku juga punya perasaan.. nak
dimulakan cerita,, segumpal darah yg diciptakan dlm dadaku ni dimasukkan
olehNya satu perasaan. Pada awalnya, aku cuba endahkan, ‘tak ada apa2 kot,
tak kacau pun’. Tapi DIA ada menyebut dalam kitabNya yg aku sangat cintai,
"Kami telah
beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah
menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya DIA
mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Aku sedang diuji. DIA mahu uji sama ada aku ni betul-betul kuat
atau tak.. mungkin keadaan pada waktu tu memberikan kesan yg mendalam kepada
aku. Sungguh demi cintaku kepadaNya, aku tidak gembira perasaan itu singgah ke
dalam hatiku. Banyak kali air mata ini jatuh cuba menidakkan sesuatu yg ada
tetapi tak dapat dilihat. Sungguh aku tak suka macam mana sesuatu yg tak dapat
kita lihat boleh menyebabkan rasa sakit dalam hati kita.
Ujian ternyata semakin berat untukku kerana keadaan membuatkan aku
keliru. Aku berperang dengan diriku sendiri. Aku tahu perasaan ini datang tanpa
aku mahu dan sedari, mungkin kerana kebaikannya yg ditunjukkan kepadaku.
Astaghirullahal’azim,, ternyata aku belum cukup kuat.
Aku tahu bahawa aku berazam dan berjanji dgn diriku yg aku tak nak
bercinta selain cinta yg halal. Yup, ada satu je,,cinta selepas nikah. Aku
bukanlah seorang hambaNya yg sangat baik, tapi aku ingin menjadi baik di
mataNya. Aku ingin DIA mendengarku, tidak mengendahkanku, dan sayang kepadaku.
aku tahu perasaan yg didatangkanNya ini benar-benar ujian untukku. Aku tahu
perasaan ini tiada nilai di mataNya. Tiada guna pun kalau aku kejarkan perasaan
ini. Tapi…aku ialah hambaNya yg lemah. Hatiku belum cukup kuat.
Dan DIA sentiasa menjadi tempat kembaliku. DIA paling memahamiku,
dan sungguh perasaan yg ada itu membuatkan aku rasa bahawa aku telah menduakan
cintaku kepadaNya. Dan….aku tak tahu nak buat apa. I’m totally clueless. Aku
tak tahu dgn cara apa boleh aku selesaikan atau hentikan perasaan ini. Beri
tahu kepadaku kalau ada cara utk menghilangkannya dgn cepat? Aku sering sebut
dalam doaku agar aku ditunjukkan apa yg harus aku lakukan.
Mungkin bagi setengah orang, perkara ini sesuatu yg remeh. Dan ia
sepatutnya remeh juga utk aku. Tapi aku tidak tahu kenapa DIA menjadikannya
sukar utk aku. Inilah ujian yg dipilihNya utk ku.
Ini antara apa yg pernah aku terfikirkan.. macam mana kalau aku
lupakan dia, tapi rupa-rupanya dia jodohku? Macam mana pulak kalau sebenarnya
dia bukan pun jodoh aku, tapi aku telah menyimpan harapan, buang masa pulak?
Takde jawapan yg tetap kan ??
Mungkin soalan-soalan ni yg membuatkan semua ni susah utk aku. Tapi
kadang-kadang terasa lawak juga bila fikir balik.. kenapa nak fikir pasal jodoh
ni sekarang? Lupakan je… sepatutnya macam tu kan . But, I couldn’t. It’s hard to not
thinking about it. Kenapalah hati ni degil sangat ya Allah…
Sebab aku tahu benda ni ke?
Sabda Rasulullah SAW
yg bermaksud: “Tiada yang lebih baik bagi dua orang yang bercinta melainkan
perkahwinan.”
Tetapi kami ni saling bercinta ke? Wallahu’alam. Hanya DIA yg
dapat menjawabnya.
Aku hanya berkawan baik denganNya. Alhamdulillah sepanjang kami
berkawan, aku menjaga sebaiknya batas antara kami. Bukan dgn dia sahaja, malah
dgn lelaki ajnabi yg lain juga. Aku akui aku ni seorang yg pemalu, jadi amat
sukar utk aku rapat dgn mana-mana lelaki. Bila dah betul-betul kenal baru aku
rasa selesa nak bercakap. Ada
yg cakap aku ni sombong, tapi tak apa, aku lebih selesa begini. Dan…ada juga yg
cakap aku baik, sebabnya kerana aku lemah lembut? Aku tak suka dinilai macam
tu. Pada aku cukuplah DIA sahaja yg menilai macam mana seseorang manusia tu.
Aku bukanlah lemah lembut, aku cuma berusaha menjaga butir bicara ku dengan
adab supaya tak sakitkan hati mereka yg bercakap dgnku. Baginda juga sentiasa
bermanis muka dan menjaga percakapan dgn orang di sekliling baginda, aku pun
nak macam tu.
Mungkin kerana ‘kebaikan’ ku yg ini, dia baik kepada ku. Dan,,dari
satu sudut, aku berasa sakit hati. Baik kepadaku sebab aku baikkah? Kalau aku
jahat tentu perasaan ini tak wujudkan?
Aku dan dia pernah berhubung suatu masa yg lepas. Mungkin perkara
ni tak janggal utk aku sebab kami dah biasa berhubung atas urusan pekerjaan.
Dalam masa aku tidak sedar, banyak perbualan antara kami. Dan Alhamdulillah,
DIA yg sentiasa sayang kepadaku telah mengingatkanku bahawa komunikasi antara
ajnabi itu hanya boleh berlaku atas perkara-perkara yg penting sahaja,, tidak
boleh lebih dari itu.
Aku mahukan redhaNya, jadi aku tidak berfikir panjang utk
menjauhkan diri dari dia. Mungkin dia sedar aku kurang and akhirnya tak tegur
dia macam dulu. Atau ntah-ntah dia tak sedar pun? Biarlah,, begitu lebih baik.
Beberapa minggu lepas aku terbaca satu artikel yg menyayat hati
tentang sepasang suami isteri yg meninggalkan dunia dalam keadaan yg baik.
Mereka ada lagu cinta. Wah, lagu tu best! Sebab teruja aku sempat download lagu
tu. Pernah juga terfikir nak dengar lagu tu dengan dia. Merepek! Nonsense!
Serabut je. Tak apa aku simpan lagu tu untuk bakal suamiku nanti. Serabut lagi!
Aku tak suka fikir khawin-khawin ni sangat sebenarnya, bual-bual kosong
bolehlah. Lebih baik aku fikir benda lain macam agama and pelajarankan? Itu yg
sepatutnya, tapi aku masih terganggu oleh ujianNya yg satu ini..
16 Ramadhan 1433 Hijriah :- Dengan izin DIA yg sangat aku kasihi,
aku telah bermalam di Masjid Shah Alam. Alhamdulillah aku seronok sangat kat
situ. Aku tersangat seronok sampai satu tahap pada malam tu aku nak sangat
berkongsi rasa gembira tu kat dia. Entah macam mana, walaupun dah lama aku tak
ingat dia kerana terlalu mendambakan kasih dan redhaNya, tiba-tiba dia muncul
dalam ingatan. Aku sedar kekhilafanku. Aku tahu betapa belum cukup baiknya
diriku dimataNya. Dan..aku kembali lagi kepadaNya,. Tapi kali ini, aku kembali
dengan sepenuh hati. Aku tak kisah keadaan di sekelilingku.
Biarlah sehodoh mana pun aku menangis. Apa rancanganNya utk ku malam itu? Kenapa DIA menjelmakan dia dalam ingatanku? Aku tidak tahu.. aku risau ya Allah..
Dengan sepenuh hatiku, aku berserah kepadaNya. Meminta supaya
diberikan jawapan kepada persoalan hati. Persoalan hati yg mungkin remeh di
mata sebahagian daripada kita hambaNya, tapi persoalan ini boleh membuatkan DIA
tidak redha kepadaku.
Subhanallah! Ini jawapannya kepadaku..
…..Dan keredhaan Allah lebih besar. Itulah kemenangan yg agung’
Surah At-Taubah, ayat 72
Air mataku tak berhenti mengalir pada malam itu. kau mahu cinta
dia atau redha DIA? Inilah jawapan dariNya. Aku tahu aku dah jumpa peleraian
cerita cintaku. Dan pada malam itu aku merintih sepuas-puasnya kepada DIA.
Walau bagaimanapun, aku tak lupa utk doakan dia, supaya dia juga kasih dan
cinta kepada DIA, malah lebih dari aku mencintaiNya.
DIA sudah lama mencintaiku, tapi aku yg seakan-akan masih
mencari-cari walaupun DIA sudah lama memberikanku jalan kepadaNya. Sungguh DIA
yg aku kasihi ini, cintaNya lebih bernilai dan tidak terkira berbanding jika
aku mendapat cinta dia. DIA maha Indah, DIA sangat suka jika aku hanya
menumpukan ingatanku kepadaNya pada malam-malam hari. Sujudku dalam solat
membuatkan aku terasa dekat denganNya. Biarlah jauh dgn dia, asalkan aku dapat
dekat dengan DIA. DIA lebih aku kasihi daripada dia., s
So I rather choose Him over you, wahai cintaku hatiku.
Oleh itu, perkenalkanlah, DIA, cinta jiwaku dunia akhirat, Allah
SWT. Biarlah aku dapat menjadi sama sedikit seperti Rabiatul Adawiyah, walaupun
tak dapat jadi sepenuhnya seperti dia. Biar kita buat-buat tak kenal sekarang, asalkan kita kenal nanti
di sana .. atau setelah semuanya menjadi halal sekiranya Dia mengizinkan jodoh antara kita.
And for now, I’m running
towards you ya Rabbi..
Hasil coretan Nadia Omar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...