Hari ini pengiklanan internet semakin popular kerana rakyat Malaysia mempunyai capaian internet yang luas di seluruh negara. Walaupun begitu tidak semua pengiklanan internet berkesan kerana ia kurang daya penarik dan memerlukan kos yang tinggi. Di sini terdapat tiga tips untuk pengiklanan internet boleh dilakukan secara percuma dan berkesan di Malaysia.
Adam Radin
Tips Pertama
Iklan anda perlu mempunyai tajuk yang menarik. Tajuk iklan yang baik tidak sedikit pun kelihatan seperti iklan, tetapi lebih kepada perkongsian maklumat. Sebagai contoh, tajuk "kami menjual pakaian berjenama dengan harga murah" hanya memperlihatkan anda ingin menjual sesuatu untuk keuntungan semata-mata. Sekiranya tajuk iklan yang sama ditukar kepada "Tahukah Anda Bagaimana Anda Boleh Membeli Pakaian Berjenama Dengan Harga Yang Murah?", pasti lebih ramai yang ingin mengetahui apakah rahsia yang terdapat dalam iklan tersebut. Pastikan anda membuat sedikit artikel berkenaan dengan tajuk iklan tersebut dan selitkan kelebihan produk atau kelebihan anda dalam artikel tersebut.
Tips Kedua
Gambar dapat menjadikan sesuatu iklan lebih menarik berbanding iklan yang tidak bergambar. Secara logiknya, sekiranya terdapat dua iklan bersebelahan, pasti iklan bergambar akan dilihat dahulu walaupun sebenarnya iklan yang tidak bergambar memberi tawaran yang lebih baik. Gambar juga mampu menerangkan keadaan produk yang dijual secara sendiri.
Tips Ketiga
Sekiranya anda mempunyai iklan Facebook atau Twitter, iklankan produk atau perkhidmatan anda menggunakannya. Ini kerana iklan yang baik akan tersebar secara sendiri apabila setiap pengguna yang membaca iklan tersebut klik 'Like" atau 'Tweet' padanya. Kaedah ini lebih dikenali sebagai pemasaran mulut ke mulut.
Teknik-teknik pengiklanan tersebut boleh digunakan di semua laman web pengiklanan percuma tempatan. Sebagai contoh, anda boleh memasukkan iklan secara percuma di amboi.com.my. Ia merupakan sebuah laman web yang baru dibangunkan untuk semua rakyat Malaysia memasukkan iklan secara percuma. Iklan-iklan yang dimasukkan akan di hantar ke Facebook dan Twitter secara automatik. Dengan cara pengiklanan internet yang betul pasti lebih ramai yang akan tertarik dengan tawaran anda.NAMA PENGIRIM
Adam Radin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...