Perkasa tunjuk kasut kerana 'kecewa' dengan Guan Eng
28 Februari 2012
GEORGETOWN - Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin menjelaskan tindakannya menunjukkan kasut di hadapan kereta Ketua Menteri, Lim Guan Eng Ahad lalu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau.
Guan Eng dilantik sebagai Ketua Menteri selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Rizuad berkata, Guan Eng mampu meluangkan masa untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0 sebagai membantah projek Lynas di Gebeng, Pahang demi modal politiknya.
"Guan Eng didapati mengambil kesempatan dalam perhimpunan itu untuk berucap sambil memperkecilkan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi slogon 1 Malaysia yang dianggapnya sebagai satu pembohongan.
"Padahal, beliau sendiri sebagai Ketua Menteri belum menyelesaikan beberapa persoalan yang dikemukakan oleh beberapa badan bukan kerajaan melibatkan masalah penduduk negeri. Tetapi beliau lebih sibuk dengan hal yang berlaku di negeri lain," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau meluahkan kekecewaan ini berikutan keengganan Guan Eng memberi respons yang baik ketika meminta untuk berjumpanya bagi membincangkan hal berkaitan penduduk tempatan.
"Guan Eng cuba mengalihkan permintaan NGO dengan mendakwa kami adalah orang Umno, padahal beliau sendiri tahu bahawa kami adalah ahli Perkasa.
"Perkataan diungkap oleh Guan Eng mencetuskan kemarahan sehingga kami hilang sabar sebelum bertindak mengepung kereta beliau sambil menunjukkan kasut kepadanya," katanya.(SH)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...