Jumaat, 3 Februari 2012

HIM DAMSYIK MENINGGAL DUNIA

Kenalkah anda dengan raut wajah ini,tentu ada yang kenal dan ada yang tidak.Walaupun bukan seorang hero yang kacak tapi dia telah berada didalam industri hiburan.Nama sebenar beliau ialah Haji Incik Mohammad Damsyik tapi lebih dikenali dengan Him Damsyik.
Beliau selalu memegang watak jahat dan selalu berlakun dalam filem genre seram disekitar tahun 70-an dan 80-an.Beliau juga pernah berlakon drama tv yang berjodol "Siti Nurbaya".Tapi itu dulu,sekarang beliau sudah tiada lagi kerana telah meninggal dunia pada jam 00.57 WIB.Berita kematiannya telah dikhabarkan oleh salah sorang anaknya yang bernama Rinayanti.

Damsik telah menerima rawatan semenjak 12 januari yang lalu kerana mengalami masalah tulang sum-sumnya gagal menghasilkan antibodi.Setelah dirawat penyakitnya beransur baik dan sakit kembali secara berselang-seli,sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya pada pagi tadi.

Him Damsyik dilahirkan diTeluk Betung,Lampung pada 14 mac 1929.Semasa hayatnya beliau telah berlakun berpuluhan filem dan sinatron.SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT...AMINN...

2 ulasan:

Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Blogobo.com