Khamis, 8 Disember 2011

PENGHUNI SEKOLAH LAHIRKAN 82 BAYI


JASIN – Seramai 82 bayi telah selamat dilahirkan oleh para penghuni Sekolah Harapan, sebuah pusat pemulihan bagi remaja perempuan yang terlanjur sejak ia beroperasi di sini pada September tahun lalu.
Pengerusi sekolah berkenaan, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim berkata, daripada jumlah itu, bayi lelaki yang telah selamat dilahirkan ialah 53 orang manakala bakinya perempuan.
Katanya, seramai 64 bayi kini dipelihara oleh keluarga penghuni terbabit, 11 orang telah diserahkan kepada keluarga angkat, lima bayi masih bersama ibu masing-masing di sekolah berkenaan manakala seorang lagi dipelihara oleh ibu kandungnya yang telah berkahwin.
“Kami bersyukur kerana berjaya membantu menyelamatkan 82 nyawa bayi yang tidak berdosa sekali gus membendung gejala buang bayi.
“Apa yang lebih penting ibu bapa kepada penghuni sekolah ini sanggup menjaga cucu masing-masing walaupun anak itu dilahirkan di luar ikatan perkahwinan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Menurutnya, sekolah itu setakat ini telah menerima 95 remaja dari seluruh negara dan pelbagai kaum sebagai penghuni.
“Walaupun kami menerima banyak permohonan daripada keluarga remaja perempuan yang terlanjur untuk mendapatkan perlindungan di sekolah ini, kami tidak dapat menerima semua kerana kemudahan yang ada hanya cukup untuk menampung 30 penghuni pada satu-satu masa.-HK
P/S:TAK TAHU NAK CAKAP APA,BACA DAN FIKIRKAN...APA PERASAAN ANDA.

2 ulasan:

  1. speechless jugak!..memang ada kebaikan diaorang buat untuk selamatkan bayi tu..tapi yang tak best makin bnayk permohonan nak masuk situ maknanya makin bnyak la kes zina berlaku..masyaallah sepatutnya buat langkah pencegahan banyak2 dulu disamping pemulihan..hurmm..

    BalasPadam
  2. Sekali fikir memang ada munafaatnya,tapi banyak pula kesan lain disebaliknya...

    BalasPadam

Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Blogobo.com