Selasa, 13 Disember 2011

KEGUGURAN BERULANG

Keguguran amat menakutkan bagi kaum perempuan dan mengecewakan bagi kaum lelaki yang bergelar suami,tambahan jika yang keguguran adalah anak yang pertama,namun begitu kita harus menerimanya yang ianya sudah menjadi ketentuan dari Allah.Mari kita teruskan dengan membaca entry ini bagi mereka yang mengalami keguguran berulang.



KEGUGURAN BERULANG
Salah satu ancaman sepanjang tempoh kehamilan.
Keguguran  didefinisikan sebagai kegagalan kehamilan yang telah terbentuk sebelum 28 minggu kehamilan.
Keguguran boleh berlaku jika tumbesaran janin atau tisu-tisu gamet yang bercantum tidak terbentuk dengan sempurna.
Dari seluruh kehamilan, kejadian keguguran sebanyak sekali dapat dialami oleh sekitar 15-20 peratus wanita
PUNCA-PUNCA KEGUGURAN:
Keguguran selalunya disebabkan oleh
a) Penyakit-penyakit seperti SLE,  Masalah auto imun. 
    antifosfofolipid (5 peratus)
b)  Pintu rahim yang tidak kuat , servik longgar,
c) Struktur rahim yang abnormal –kejadian rahim
d) kelainan pada rahim – fibroid dsb 11 peratus)
e) Kecacatan dari segi genetic ibu
f) Kecacatan kromosom atau genetik (15 peratus)
g) Jangkitan kuman pada organ pelvik akibat dari STD ( jangkitan
   penyakit seksual e.g.sifilis atau torches) (1-4 peratus)
h) Masalah ketidakseimbangan hormon yang dikaitkan dengan 
    corpus luteum
. Masih belum diketahui (50 peratus)
Keguguran spontan terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu :
" Keguguran terancam atau ancaman keguguran (Threatened 
   Abortion-TA)
" Keguguran yang tidak dapat dielakkan (Inevitable Abortion-IEA)
" Keguguran tidak lengkap (Incomplete Abortion-ICA)
" Keguguran Mengakibat jangkitan (Septic Abortion-SA)
" Keguguran lengkap (Complete Abortion-CA)
" Keguguran terlepas diagnosa (Missed Abortion-MA)
" Keguguran berulang (Recurrent Abortion-RA)
SIMPTOM-SIMPTOM KEGUGURAN
Biasa
- Sakit perut yang teruk
- Kekejangan yang berterusan
- Pendarahan yang teruk
- Sakit belakang
jika berkaitan dengan jangkitan kuman
- Keputihan atau pendarahan yang berbau busuk
- Demam yang teruk
- Menggigil
Sekiranya keadaan bertambah serius, pesakit boleh mengalami renjatan seperti :
- Tekanan darah dan suhu badan rendah
- Masalah pernafasan
- Penghasilan air kencing yang sedikit atau tiada langsung
Bagaimanapun, gejalanya selalunya tidak teruk ;
- Sesetengah wanita mungkin mengalami pendarahan berwarna 
   coklat yang sedikit sahaja tetapi berterusan.
Diagnosa -  dibuat melalui pemeriksaan umum dan ultrasound.
Wanita yang disahkan mengalami ‘missed abortion’ dinasihatkan
   megeluarkan konsepsi itu bagi mengelakkan jangkitan kuman.
- Bagi kandungan yang kurang daripada 14 minggu, pembersihan 
   melalui Dilatation & Curettage (D&C) perlu dilakukan oleh doktor   
    bertauliah.
- Bagi kandungan yang lebih besar, pesakit akan diberi ubat untuk
   mengeluarkan produk konsepsi terlebih dahulu dengan kemudian   
   D & C jika perlu.
Untuk mengetahui penyebabnya secara lebih pasti maka dokter haruslah melakukan beberapa pemeriksaan berkaitan secara lengkap. Pemeriksaan darah pasangan suami isteri dilakukan untuk mengetahui adanya kelainan kromosom, kadar hormon progesteron serum, kadar antibodi terhadap TORCHES, kadar gula darah. Untuk masaalah jangkitan kuman  ini haruslah dilakukan analisis yang lebih mendalam. Untuk mengetahui adanya kuman pada pangkal rahim contoh lendir di ambil dan pemeriksaan samadanya mikroorganisme yang abnormal.

Dengan ultrasonografi (USG) dapat diketahui bentuk dan ukuran rahim, adanya fibroid di dinding rahim atau polip dalam rongga rahim. Jika terdapat kecurigaan adanya sekat pada rahim, dapat digunakan alat bantu lainnya yaitu alat teropong ke dalam rahim (histeroskopi) atau x ray histerosalpingogram.
Untuk memastikan hamil-tidaknya seseorang, ada 2 pemeriksaan yang dilakukan, yaitu pemeriksaan air kencing (urin), dan bila memang positif, dapat tindaklanjutkan dengan pemeriksaan ultrasonografi (USG).

Sekira saat itu anda memang hamil, kemudian terjadi perdarahan, bahkan keluar bahagian dari produk konsepsi  ( dibuktikann melalui pemeriksaan p patologi),
Untuk usaha meningkatkan kesuburan, seharusnya mengamalkan gaya hidup sihat, termasuk hentikan merokok, konsumsi alkohol, hindari zat kimia dalam makanan, air dan lingkungan, juga zat pengawet atau zat tambahan pada makanan. Ini perlu dilakukan agar penyerapan vitamin dan mineral yang membolehkan dalam pembentukan sperma dan sel telur sempurna.
Perbanyak makanan rendah lemak dan mengandung kadar serat tinggi, misalnya sayuran berwarna hijau, jeruk, kacang, roti gandum sereal. Usaha lain yang harus lakukan adalah selalu berdoa kepada Tuhan.sumber

3 ulasan:

  1. Segalanya ketentuan Allah dan isteri kita pun pernah mengalami keguguran...

    BalasPadam
  2. saya syorkan anda menggunakan produk JAMU SUSUK DARA.. terbukti berkesan..cara lama tp di permodenkan.hanya menggunakan herba.alhamdulilah,sudah ramai yang menggunakan produk JSD..PM saya di https://www.facebook.com/fmunirah OR wassap/sms 0178833544. Saya cuma ingin membantu, jangan malu2 nanti anda yang rugi. Saya adalah Pengedar sah JAMU SUSUK DARA.

    BalasPadam

Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Blogobo.com