Sabtu, 3 Disember 2011

KAYAP DAN PENAWARNYA

Kayap ini menurut ceritanya ada 44 jenis tapi yang paling ditakuti dan diketahui umum ialah kayap ular dan tapak anjing.Kayap juga boleh membawa maut itupun dengan izin Allah.Menurut kata orang tuaku kayap ular ini bila membelit sekeliling pinggang boleh membawa maut.Kebiasaan dari kita pernah mengalaminya.
kayap tapak anjing

Aku sudah berkali-kali terkena penyakit kayap,tapi Alhamdulillah sekadar kayap tapak anjing.Tanda-tanda awal awal biasanya kulit terasa panas dan pedih sehinggakan terjadinya deman,terdapat bintik-bintik kecil yang berisi air,pada peringkat awal aku ingatkan gatal-gatal biasa,bila digaru semakin banyak bintilan yang berisi air.

Aku bertanya kepada orang-orang tua kat kampungku,katanya ini adalah penyakit kayap tapak anjing.Menurut katanya penawar yang paling mujarab adalah "jantung pisang kelat" katanya dan kat sebelah luar Kelantan tak tahu lah aku apa orang namakan jantung pisang jenis ni.


Cara-carannya:
Potong muka jantung pisang tersebut dan gosokan pada tempat terkena penyakit tersebut.Potong permukaan baru dan ulangi berkali.Tapi sakitnya toksah nak ceritalah....tak terkata dengan tulisan,melainkan lolongan dan laungan kesakitan.Gosok tu kuat-kuat sedikit biar pecah bintilan sehingga terkeluar air bisanya.Satu perkara yang korang kena ingat jangan gosok dengan apa-apa jenis minyak atau minyak angin.
inilah rupa si jantung pisang(ihsan cik google)

Setelah belek punya belek terjumpa la petua yang lain pula yang boleh kita kongsi bersama.Nak tahu caranya klik kat sini...

P/S:Apa yang aku tulis adalah berdasarkan dari pengalaman aku,tapi sekarang dah banyak dah rawatan dan ubatan moden.

12 ulasan:

  1. Thanks kerana sudi jengok blog ambo....

    BalasPadam
  2. Salam semua sila cuba krim untuk kayap...
    Salam semua. Satu penemuan baru-Krim Mutiara Bumi- krim yang saya baru pasarkan telah terbukti berkesan untuk kayap, kudis buta, ruam lampin, dll sakit kulit . Terasa sejuk apabila di sapu & hilang rasa gatal2 dan pedih. Dalam masa singkat insyaAllah baik. Setiap rumah perlu simpan 1 untuk rawatan awal.Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Harganya cuma 12.00 saja..Hj Man 013438413, arahmani.tm@gmail.com.T kaseh. 

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hrp maaf no hpon silap, yg betul 0134389413..tkaseh

      Padam
  3. Salam.. sy pn kena kayap ni..bleh x en A Rahmani bg semula no fon..atau hubungi sy di 0179631535

    BalasPadam
  4. Ada x di pasaran sekitar n.sembilan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih peringkat awal psrn. Sy keluar n edar sendiri n tiada agen negeri lagi. sila hubungi terus 0134389413..t kaseh.

      Padam
  5. anak saya mengalami penyakit kayap dibahagian kaki.entah la mungkin itu kayap buta,,jadi cam mne nk sembuh kan kayap...hrp tlg sy ea....

    BalasPadam
  6. Nak tanya.. Kenapa xboleh letak or gosok minyak angin?

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum wife sya baru kene kayak tapak kaki anjing..nak tidur tak boleh berdenyut lenguh lupuh sebelah...dia kene di kaki sebelah kanan...

    BalasPadam

Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Blogobo.com