Khamis, 17 November 2011

KETUAT DAN CARA MENGUBATINYA

Anda ada ketuat??? Seumur hidup saya hanya pernah sekali ada ketuat pada bahagian siku. Untuk makluman ketuat bukan sebab lahir-lahir terus ada ketuat macam tanda lahir la pulak kan.
Ketuat sebenarnya bermula kerana virus menyerang pada kawasan yang diminati oleh virus bernama  Human Papilloma.
Seingat saya, ketuat yang menumpang manja pada siku saya ketika itu kerana luka pada siku ketika main futsal. Kemudian balik penat-penat tak basuh bahagian luka terus tidur.
Mungkin ini menyebabkan Human Papilloma mula hinggap pada kawasan luka tersebut. Pada asalnya nampak seperti kematu biasa tapi lama kelamaan dia makin sihat dari hari ke hari sejajar dengan “sihatnya” tubuh saya. Seronok beliau!!!
Ketuat sebenarnya ada 150 jenis semuanya dan digolongkan dalam beberapa keluarga.


Ketuat biasa
Ketuat kaki (Plantar warts)
Ketuat filiform (Filiform warts)
Ketuat planar
Ketuat kelamin Genital warts (AKU TAKDE KETUAT KAT SINI…SERIUS SUCI!!!! Jangan takut nak kahwin dengan  aku!!!)


Cara membuang ketuat
1-Salap Asid Salisilik
2-Terapy cryo
3-Podophyllin
4-Interferon dan asid trichloracetic(TCA)
5-Pembedahan membuang ketuat



Cara tradisional yang saya tak pernah uji atau buat eksperimen pada diri sendiri :
  • Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga ianya hilang.
  • Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat ini akan tanggal dengan sendirinya tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut.
  • Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titikkan pada ketuat tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat itu hilang.
  • Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat. Biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat hilang dan gugur sendiri.
  • Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.
  • Ikat sekeliling ketuat dengan benang jahitan pembedahan, ketatkan ikatan dan simpulkan. Darah tidak akan mengalir lagi ke bahagian yang dikat itu dan ia akan gugur sendiri selepas seminggu.
Saya punya cara???
Erm, mungkin cara ini secara tidak disengajakan sebab sebelum ini saya pernah ada ketuat jadi bila timbul ketuat pada siku belah kiri senang la pulak untuk dicapai dan dibelai-belai dengan tangan kanan.
Dah jadi tabiat hari-hari atau ada masa terluang saya membelai-belai ketuat tersebut. Maksud saya saya cabut sikit-sikit sampai la hilang.
Rupanya ketuat tersebut hanya hilang sementara waktu sahaja. Tak sangka dia punya kasih sayang pada siku saya terlalu kuat dan menampakkan ada usaha beliau untuk merujuk kembali selepas perceraian kami sebelum ini.
Hatiku Tertutup Rapi Untuk MU!!!
Saya cungkil buang skali dengan akar-akar ketuat tersebut. Tak sangka pula, darahnya banyak sekali dan lagi parah luka ketuat ni darahnya susah nak brenti. Jadi hati-hati untuk guna teknik ini. Tapi Berkesan!!! maka
SELAMAT TINGGAL DUNIA  KETUAT!!! – macam Azwan Ali pulak
CARA BUANG KETUAT 18 SG!!!
Ini yang pernah dilakukan oleh rumate saya dahulu. Dia potong guna pisau. Serius darah banyak giler keluar dan memang jenis susah nak brenti darah ketuat ini. Jangan La Buat!!!!
FAKTA!!!
Darah ketuat boleh berjangkit!!!!!
Anda ada tips tersendiri untuk buang ketuat??? Jangan Malu-malu untuk berkongsi dengan kami dan pembaca blog ini yea!!!
Tapi kalau ada ketuat kelamin jangan la mengaku kat sini pulak yea…jatuh saham BLOG NI!!!
P/S : EN WIKI SMS tadi dia kata “Ketuat kelamin bewarna merah jambu atau keperangan dan boleh tumbuh di atas kemaluan, bibir faraj, kawasan dubur, dan kadang-kala pada faraj wanita” Aku takut nak reply mesej beliau!!!

 sumber dari

2 ulasan:

  1. Salam,

    Terima kasih kongsi info ni...Bagus petua2 cara macam mana nak buang kutuat ni...tapi yang ektrim tu takut la...Kak Ros kalau jadi ketuat ,pi cari ubat kat famasi ja la....

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam,sekarang dah senang banyak ubat kat farmasi tak macam dulu-dulu kak...

    BalasPadam

Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Blogobo.com