Selasa, 29 November 2011

DOA AGAR MUDAH MELAHIRKAN ANAK


Tip Hamil: Doa Agar Mudah Melahirkan Anak

Assalamu’alaykum para pembaca semua khususnya buat wanita yang sedang hamil atau suami yang isterinya sedang hamil. Saya ingin berkongsi doa yang sering saya amalkan setiap kali hamil. Kali pertama saya dapat doa ini, saya taip dan cetak. Kemudian saya tampal di dinding berhampiran tempat saya solat. Saya baca doa ini setiap kali selepas solat sehinggalah saya hafaz doa ini.

Para suami boleh hadiahkan doa ini untuk isteri tercinta yang sedang hamil.
Saya syorkan cetak doa ini dan laminate kertas doa agar dakwatnya tidak luntur bila terkena air. Ia juga boleh disimpan lebih lama untuk kehamilan seterusnya.
Doa ini merupakan salah satu ikhtiar untuk mudah bersalin.
Kita hanya berusaha, Allah yang menentukan apa yang terbaik untuk kita.

[Nota:  Sesiapa yang tidak mampu membaca doa di bawah dalam Bahasa Arab, boleh sahaja berdoa dalam Bahasa Melayu... asalkan ia difahami dan mampu dihayati ketika berdoa.  Sesungguhnya Allah itu memahami semua bahasa.  Yang penting, selepas ini, tetap diusahakan agar pandai membaca al-Quran kerana al-Quran adalah cahaya hidup kita.  Jika pandai membaca al-Quran, insya Allah, doa ini juga bisa dibaca kerana ia sudah berbaris. Harap maklum.]


اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَا دَاْمَ فِي بَطْنِي

وَاشْفِهِ أَنْتَ شَاْفٍ لاَ شِفَاء إلاَّ شِفَاْؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَاْدِرُ سَقَمًا

اللَّهُمَّ اخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِي يَوْمَ وِلاْدَتِهِ سَهْلاً و تَسلِيْمًا

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَاْمِلاً حَاْذِقًا عَاْقِلاً عَاْلِمًا زَكِياًّ مُؤْمِنًا صَاْلِحًا

اللَّهُمَّ احْسِنْ خُلُقَهُ وَافْصَحْ لِسَاْنَهُ وَاحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَآءَةِ

 الْقُرْآنَ وَالْحَدِيْثَ بِبَرَكَةٍ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمْ

 

Maksudnya:

 Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku,

Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit,

Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat,

Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh.

Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan

 al-Hadith dengan berkat Muhammad S.A.W

3 ulasan:

  1. Salam ,

    Terimakasih la ngan perkongsian ni,akan Kak Ros kongsi jugak ngan sapa2 dok tengah mengandung la ni....

    BalasPadam
  2. Sama-sama la kak Ros,ilmu akan bertambah bila kita kongsikan pada orang lain,kita doakan semoga selamat hendaknya...

    BalasPadam
  3. Ingin anak pintar & soleh sejak kecil
    Daptkan panduan Rahsia Anak Pintar
    Saya Dah pun menggunakannya..
    Memang bagus, penuh informasi

    <<<< http://tinyurl.com/AnakPintar2013 >>>>>

    BalasPadam

Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Blogobo.com