TAK SEMPAT BERPESTA DADAH
SUNGAI UDANG - Empat anggota tentera dan seorang wanita berusia 43 tahun, antara 41 penagih dadah, ditangkap sebelum mereka sempat mengadakan pesta dadah di ladang kelapa sawit, Taman Sungai Udang, pagi semalam.
Anggota tentera berusia 25 hingga 29 tahun itu, adalah komando dan seorang lagi dari bahagian kejuruteraan di Kem Sungai Udang, manakala wanita terbabit adalah ibu kepada lima anak.
Lima lelaki turut ditahan kerana memiliki heroin dalam bentuk tiub dan paket.
Ops Tapis disertai dua pegawai dan lapan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, bermula jam 6.30 hingga 11 pagi, semalam.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, sebahagian kawasan ladang dijadikan lokasi melepaskan gian sejak setahun lalu, dipenuhi paket plastik kosong untuk menyimpan bekas menyimpan heroin dan tiub daripada penyedut minuman baru dan lama digunakan untuk menagih dadah.
Beberapa jarum suntikan turut bertaburan di ladang terletak hanya 200 meter di belakang Penjara Sungai Udang.
Selain itu, sebanyak 10 helaian kertas dengan nombor telefon pembekal atau dipanggil ‘tokan’ dalam kalangan penagih turut dijumpai terselit di celah-celah pelepah pokok kelapa sawit di ladang tersebut
Menurut sumber, hasil awal ujian saringan air kencing, mendapati kesemua suspek berusia 18 hingga 57 tahun, positif dadah disyaki heroin.
“Hasil pemeriksaan juga mendapati, sebuah kereta jenis Honda dan tiga motosikal daripada 40 buah yang dirampas menyimpan dadah,” katanya.
Sementara itu, Ketua JSJN negeri, Superintendan Md Azmi Othman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan operasi yang diketuai Inspektor Risikan/Operasi/Tahanan JSJN negeri, Cif Inspektor Hisham A Rahman itu dilakukan hasil maklumat orang awam.
“Semua ditangkap disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
“Sementara lima lagi disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...