Isnin, 20 Jun 2011

PAK UDA MENINGGAL DUNIA



TAPAH: Jenazah pelawak veteran, Zami Ismail, 67, atau lebih dikenali Pak Uda selamat dikebumikan di kampung halamannya di Tapah Road, di sini, petang semalam.
Arwah yang terkenal sebagai watak Pak Uda dalam siri sitkom ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, kira-kira jam 10.30 pagi semalam akibat komplikasi jantung dan paru-paru.

Jenazah tiba di kediaman abangnya, Nizar Ismail, 60-an, di Kampung Batu 5, di sini kira-kira jam 3 petang semalam selepas bertolak dari IJN kira-kira jam 12 tengah hari.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pekan Kecil, Tapah Road kira-kira jam 4.45 petang.

Hadir sama memberi penghormatan terakhir termasuk pengarah terkenal, Othman Hafsham serta beberapa pelawak tanah air seperti Hamid Gurkha dan Ahmad Busu atau Mat Busu.

Kira-kira 300 orang termasuk ahli keluarga, saudara terdekat dan kenalan arwah berada di tanah perkuburan untuk memberi penghormatan terakhir.


Anak ketiga arwah yang juga seorang pelakon, Mohd Saopi, 37, atau dikenali sebagai Opie ketika ditemui semalam berkata, ayahnya sempat berpesan kepadanya supaya sentiasa berbuat baik kepada semua orang ketika terlantar sakit di IJN kira-kira dua minggu lalu.

Beliau berkata, arwah memang mempunyai masalah jantung dan pernah menerima rawatan di IJN sebelum ini malah, pernah dikejarkan ke Hospital Ampang pada akhir Mei lalu selepas mengadu sesak nafas.
-TAKZIAH UNTUK KELUARGA PAK UDA-SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT-



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Blogobo.com