Isnin, 30 Mei 2011

ANTARA NYAWA DAN HARTA

Kelmarin sedang aku buat kerja kat opis aku tiba-tiba ternampak ramai orang berkumpul dan biasanya kalau ramai mesti ada sesuatu hal atau kejadian.Kerana semangat ingin tahu dan mesra penduduk aku pergi

ke sana,memang ada sesuatu yang berlaku,aksiden...ada aksiden.Aku tak tahu bagaimana kejadian berlaku jadi aku tanya pada kawan aku kat situ,katanya kejadian berlaku kerana sebuah Produa Myvi buat u-turn dan dilanggar oeh sebuah motosikal Kriss yang mengikut dari belakang.Masalah memang jadi masalah,dah la buat u-turn tak bagi signal  pada garisan berkembar(double line) pulak,yang aku rasa geram pasal manusia ni lebih pentingkan harta dari nyawa manusia.





Pemandu tu keluar dari kereta dan lihat kerosakkan pada kenderaan,bukan nak tanya khabar pada pemandu motor tersebut.Pemandu motosikal tu adalah budak perempuan belasan tahun.Menurut kata adik tu dia baru pulang dari mengambil motor yang dibaiki bila tiba kat situ kereta Myvi yang di ikutnya tiba-tiba membuat  pusingan U tanpa memberi lampu isyarat terlebih dahulu menyebabkan ia terlanggar pada rusuk sebelah kanan kenderaan tersebut.Bapa budak tu sampai ditempat kejadian dengan marah-marah tapi tuan Myvi tu cuba menegak benang basah dan meletakkan kesalahan pada adik tu ,tambahan ada puak-puak SRS dan bapa saudara pada pemilik Myvi adalah orang kuat SRS kat situ.

Bapa budak perempuan tu rasa tak puas hati dengan reaksi penduduk kat situ yang cuba memihak pada tuan kereta tersebut kerana malu pada bapa saudaranya.Aku lihat gelagat tuan Myvi rasa naik menyampah,macam kucing hilang anak kejap-masuk kejap keluar dari kereta sambil memerhatikan keretanya yang kemek,tiba-tiba datang sebuah kereta dan keluarlah seorang pemuda menghulur bantuan untuk membawa adik tu ke Hospital USM,ramai-ramai kat situ tak seorang pun nak tawar diri untuk memberi bantuan,aku nak hantar pun aku pakai motor jer,niat tu ada tapi apa nak buat,tak mampu.Inilah dugaan dan fitnah dunia kerana harta
manusia buta mata dan buta hati.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Blogobo.com