Rabu, 9 November 2011

SENDUDUK PUTIH-ANTARA MITOS DAN KEBENARAN

Antara mitos dan kebenaran,bila bercakap tentang senduduk puteh atau nama saintifiknya Melastoma Malabathricum  maka ramailah yang bercerita benda yang sama,keajaibannya,sejauh mana kebenaran...Allah yang maha mengetahuinya.Ramai yang berkata ia amat susah untuk ditemui,tambahan
pada mereka yang mempunyai niat jahat.Aku pernah mendengar dari cerita orang-orang tua,mereka berkata kalau kita menemuinya segeralah mengambilnya,bila kita berniat untuk mengambilnya di lain hari alamak berputih mata la kita.Ada juga berkata kalau seseorang yang berniat jahat tak akan menemui jalan pulang.Antara kelebihan senduduk puteh ialah apabila ditanam dihalaman rumah dapat melindungi dari sihir dan kejahatan yang berkaitan.
Inilah rupa senduduk puteh.Tumbuhan senduduk ini banyak jenis dan ia tumbuh meliar tanpa dihiraukan khasiatnya.Antara khsiatnya ialah,ambil 2,3 helai daun senduduk dan dimasukkan bersama pucuk betik insyallah dapat menghilangkan rasa pahit pucuk betik,manakala akarnya boleh dijadikan air rebusan bagi ibu yang baru bersalin untuk mengecutkan saluran peranakan.
Ini dari spisis senduduk biru/unggu

senduduk bulu

senduduk gajah
KHASIAT AKAR SENDUDUK PUTIH

Ini adalah petikan yang diambil dari sebuah blog,sebagai orang islam kita dilarang mempercayai sesuatu kuasa selain dari Allah,tetapi tak salah kita mempecayai kelebihan yang Allah beri kepada setiap ciptaan(harap baca berkali-kali supaya faham) untuk mengelakkan dari tergelincir aqidah.

Sering digunakan sebagai pelaris,pemanis dan meningkat karisma diri.Selalunya ianya dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk meningkatkan lagi khasiatnya iaitu minyak pelaris dan pengasih.Senduduk putih dikatakan berasal daripada alam ghaib namun terdapat juga senduduk putih yang terdapat dialam nyata ini tetapi dikatakan kurang berkesan.source
Senduduk Putihmerupakan sejenis tumbuhan yang sukar ditemui, tidak seperti senduduk ungu yang tumbuh meliar di merata tempat. Senduduk khususnya yang berbunga ungu juga dikategorikan dalam kumpulan rumpai,banyak tumbuh di kawasan kebun dan perlu dibasmi. Ramai yang menyatakanjarang dijumpai dan ia mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ada yang mempercayai ia boleh mengubati penyakit barah payudara, mengubati sakit sendi, mengubati resdung, dan juga menjadi penawar bisa ular.

Selain itu, ia juga dapat dipercayai dapatmengubati penyakit wanita seperti keputihandan darah haid yang tidak henti. Yang menariknya tentang khasiat pokok ini ialah ia juga dikatakan dapatmengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan(lambat boleh bercakap). Sejauh mana amalan ini dipratikkan saya sendiri tidak pasti. Jika anda mempunyai pengalaman menggunakan tumbuhan ini di harap kongsikan bersama.

Lanjutkan bacaan anda tentang senduduk putih disini

9 ulasan:

  1. pernah terjumpa senduduk putih masa ronda2 naik motor di waktu ptg.... bila dicari beberapa hari kemudian pokoknya dah hilang pulak... menyesal x sudah...

    BalasPadam
  2. Terimakasih buat yang sudi ke blog ini dan berkongsi pengalaman...

    BalasPadam
  3. Hi, saya juga tak pernah melihat senduduk putih sehinggalah saya terjumpa di pamerah bunga putra jaya baru-baru ini, ada beberapa kedai yang menjual senduduk putih ini, berlambak-lambak! saya tanya kedai di mana, dia kata sungai buluh..rupanya senangnya nak cari.

    BalasPadam
  4. Semakin hari benda yang pelik dan aneh sudah tiada keanehannya...

    BalasPadam
  5. Pokok ni tiba2 tumbuh dlm pasu rumaha saya dan skrg sedang berbunga....

    BalasPadam
  6. Saya sedsng minum air bunga senduduk putih...
    Nnti saya akan berkongsi setiap khasiat yg saya perolehi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagaimana .setelah minum air bunga senduduk putih.

      Padam
  7. Saya beli di pasartani, katanya ambil dari kebun kelapa sawit

    BalasPadam

Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Blogobo.com