Khamis, 9 Jun 2011

UNDANG-UNDANG SYARIAH DI PENGARUHI BRITISH

KOTA BHARU- Undang-undang Syariah di dalam negara dianggap dipengaruhi elemen era-kolonial yang masih mengikuti undang-undang British, sedangkan undang-undang Syariah lebih tepat menangani video seks tokoh pembangkang.
Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berkata, undang-undang di negara ini perlu mengikuti inti pati Islam yang lebih tepat dalam menyelesaikan isu video seks yang didakwa mirip Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dengan adanya undang-undang Syariah, ia tidak boleh dijadikan senjata memfitnah. Apa yang ada di dalam enakmen; pentadbiran Islam itu bukan...Itu British,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di sini, semalam.

Beliau mempersoalkan kenapa tidak ditangkap khalwat terhadap si pelaku di dalam video daripada membuat rakaman video seks. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan sedikit komen anda sebelum keluar dan senang-senang berkunjung lah lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Blogobo.com